Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah
Assalamualaikum wbt..Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."
... biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Kita (suami) yang bijak *ofcoz kena mengaku bijak lah...kan !
..berdiam dan tidak menjawab leteran isteri, bukan maksudnya suami mengalah, tetapi adalah sebagai satu strategi kehidupan berkeluarga.
alaa..pernah sakit gigi kan?..ibaratkan orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya, kena tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut.
Maksudnya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. biar dan tunggu keadaannya menjadi 'cool' barulah boleh dinasihati.
Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya, maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi di kala panas terik mentari..fuh ! *memang lega rasanya.
Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah, tapi bagaimana nak yang 'solehah' itu jika kita (suami) tiada tolenransi dalam perhubungan suami isteri.. , ya boleh jugak ...melainkan namanya sudah solehah sejak kecil lagi..
nak kan dia (isteri) baik, kita kena baik dulu...fikirkanlah.
Boleh buat macam tu (para suami) ?
p/s ; sayangnya pembaca blog pcl ni tak ramai dari golongan para suami..huhu, tak apa lah..
Tweet
Perkongsian yg baik PCL....thanks
ReplyDeleteSalam ahad dan semoga ceria bersama keluarga
Ramai nk isteri solehah tapi diri sendiri pun x brp nk soleh, cmne nk dpt isteri solehah???
ReplyDelete