I Love You .. di mana-mana.

Saturday, May 04, 2013 PCL 7 Comments



bersiaran @Sg Petani,  Kedah.

hari cuti Sabtu,  baru ada masa cerita pasal cinta dan perasaan..bila  mana berada di kampung halaman  mama'D..hati terasa ingin berkongsi . *tetiba jer eh..kat kampung,  auranya lain..mungkin.

Ramai orang hanya pandai mengungkapkan kalimah azimat "I Love You"  dan seumpamanya hanya pada masa berkarya atau sekadar menaip pada masa megupdate status di FB,. huh,  bukan main romantik lagi..tapi hakikatnya wallahu'alam ..kan!

ini banyak berlaku kepada pasangan muda mudi sekarang nih....dan kita boleh perasan semua tu.
Keikhlasan,  kejujuran, berterus-terang dan bersama-sama. Apa yang berlaku,  utamakan perkara-perkara tersebut. Tanpanya, rasa cinta mendalam pun tidak ada gunanya. Rumah tangga bukan bertiangkan rasa cinta sahaja.

Banyak perkara yang harus dikongsi bersama untuk mengekalkannya.

"...sepanjang hidup berkeluarga, kami sering mengucapkan 'I love you' dalam waktu-waktu tanpa diduga sebagai contoh, ketika kami berselisih walaupun dalam rumah, dia akan tiba-tiba berkata, 'I love you' dan dibalas oleh saya.
Kekadang dia menjerit memanggil saya dan bila saya jawab,  dia akan cakap 'I love you' . Ada juga kalanya dia dan saya saling berpandangan dengan selambanya, kemudian menuturkan ayat tersebut, semuanya bersahaja dan tidak menyangka.
I love you. ..di mana mana, tapi biarlah tidak nampak menunjuk riaknya.
ada kalanya juga boleh mengundang rasa meluat dipendengaran orang lain...itulah sebabnya saya kata jangan berlebihan sangat dalam hal sebegini.

sekadar berkongsi dan moga ia jadi manfaat bersama..

Published with Blogger-droid v2.0.10



7 comments:

  1. assalamualaikum PCL...wah sweetnya..:)

    ReplyDelete
  2. awesome picture
    semoga bahagia selalu PakCikLie

    ReplyDelete
  3. NTAH BILA SAYA LAFASKAN I LOVE U PADA WIFE.. DAH LUPA.. :)

    ReplyDelete
  4. ucapan i love u seharusnya eksklusif..dan bukan untuk ditayang.. ;)

    ReplyDelete
  5. Owh blh bayangkan suasana itu... Sweetnya PCL.. owh i luv it! :)

    ReplyDelete
  6. Semoga PCL dan MamaD serta keluarga sentiasa dilimpahkan dengan keharmonian dan kebahagiaan...

    ReplyDelete
  7. Waahhhh...romantiknyaa kamoooo...kami masing2 malu nak sebut I LOVE YOU..sebelum kawin pun sama..tp cinta kami mendalam..dan masing2 ada cara tersendiri meluahkan cinta. Faham dari hati ke hati..rasamu rasaku...hatimu hatiku...╮(╯▽╰)╭↖(^▽^)↗﹋o﹋Y(^_^)Y

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.