Kerana aku sayang dia...

Wednesday, May 08, 2013 PCL 13 Comments

*tajuk tak boleh blah...mama'D harus cuak bila baca tajuk ini.....
jangan tidoq luaq sudaaa...hahaa.

...sebab aku sayang dia la aku buat macama tu " ...jawab seorang sahabatku bila ditanyakan,  kenapa dia bermuram durja.

*sebenarnya aku nak tau je.. apa jawapan dia bila aku katakan dia seorang suami yang sangat cerewet !

Ada sebahagian kita yang kurang menyedari, betapa buruknya bila terlalu cerewet.
Jika seorang ibu cerewet terhadap anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat diterima. Namun cerewet kepada pasangan amat menyeksakan, walaupon dengan alasan “Kerana aku sayang dia”. Pada satu tahap akan merimaskan pasangan dan akhirnya menimbulkan pertelingkahan dalam keluarga.

'Sedangkan lidah lagi tergigit'...., mungkin cerewet juga adalah salah satu daripada puncanya..

Apa pon persefahaman dalam melalui kehidupan berumah tangga itu harus dipelajarai dari masa ke semasa..
bukan dengan  dia , juga bukan dengan saya... rujuklah ciri-ciri  keluarga Rasulullah SAW melalui dua pendekatan iaitu dengan kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kasih sayang antara suami isteri.

Bagi isteri atau suami yang menginginkan ganjaran syurga, maka berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. Inilah yang sepatutnya dilakukan untuk membina keluarga bahagia.

wallhu'alam




13 comments:

  1. pergh.. banyak yang saya kena belajar lagi tentang rumah tangga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bonikacak..sememangnya patut belajar pasal rumahtangga...persediaan awal tu bro..

      Delete
  2. Janga terlalu cerewet dan jangan sesekali meninggikan suara dengan suami.. Berlemah lembutlah dalam berkata-kata walaupun pada dasarnya kita otai..like me..hahah

    syukur alhamdulillah xpernah gaduh dgn Mr.K..eh takut jgk macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mieza jhaa k ; ...isteri yg baik utk suami yg baik..insyaAllah kt lakukan keranaNya.

      Delete
  3. Assalamualaikum. sheila setuju tu PCL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sheila Salim ; .. w'slm.tgk pic korang bdua pon dah nmpk terpancar kebahagiaannya.

      Delete
  4. Saya setuju. Terlalu cerewet boleh merisikokan rumah tangga. Pernah jadi depan mata saya sendiri. Bila perahu dah terlajak, mana mungkin berundur walaupun cerewet itu sirna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aziela ; ..boleh buat biasa biasa.. jgn buat serba tak kena dlm sebuah perhubungan. buat bg mudah cukup...

      Delete
  5. agh pun kena byk belajar dgn pcl ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar dgn sesapa pn boleh..ramai lg yg lbh berpengalaman.. anghyan npk bhgia dgn family yg sukses.. berjaya rohani dan jasmani..

      Delete
  6. AJ suka entri2 macam ni....
    Banyak bagi nasihat untuk kami2 ni... =D

    ReplyDelete
  7. kena byk mendlami lg ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL...pada pasangan yg nak berkahwin tu kenalah belajar dulu yer...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.