Luangkan masa seadilnya.

Monday, May 13, 2013 PCL 0 Comments


Siang hari dihambat kesibukan mencari harta, manakala malamnya pula sukar melelapkan mata , sebab apa...mungkin fikir apa nak buat dengan harta dunia ni sambil berasa resah menjaga harta takut cepat habis dan sebagainya...

kaya pon susah, miskin apa lagi.. mungkin resah memikirkan untuk mencari harta buat meneruskan kehidupan.

Nilai kekayaan menurut pandangan Islam bukan diukur dengan harta yang banyak, tetapi ianya terletak pada jiwa. Sekiranya jiwa kaya, ia akan melapangkan hati dan melahirkan kebahagiaan, biarpun miskin harta.

biar miskin harta asal kaya jiwa  *bersyukur dengan apa yang ada..kalau dua2 kaya itu bonus dalam kehidupan...dan itu yang kita nak sebenarnya.

Namun, jika miskin jiwa sudah tentu akan menjadikannya resah dan gelisah biarpun kekayaan yang menimbun di sekeliling.

Ada orang kaya tu sombong dan ada  simiskin juga sombong...,
dua-dua sama sahaja jika nilai-nilai murni dalam jiwa tiada pedoman...

*dah..dah, cukup cukup sudah cari harta dunia tu...balik main dengan anak isteri...luangkan masa seadilnya.

masa kita untuk dunia dan juga akhirat, ..masa dengan keluarga harus diurus dengan baik ...adakalaya kita tak boleh tidak mesti balik lewat, takpa ..cuba cari masa... mesti ada masa yang sesuai dalam 365 hari kita melaluinya tempoh setahun. tak kan bz je manjang...


p/s .. .
ليس الغنى عن كثرة العرض، ولكن الغنى غنى النفس
"Kekayaan bukanlah banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kekayaan hati."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )




Published with Blogger-droid v2.0.10



0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.