memang serba tak kena...orang kita !

Friday, May 03, 2013 PCL 15 Comments



Bila kita ikut suruhan agama..ada orang kata "tak payah la berlagak alim sangat"
Bila kita langgar suruhan agama..ada orang kata "astaghfirullah, apa la nak jadi"

Bila kita sedekah duit..ada orang kata "ala, nak menunjuk la tu"
Bila kita simpan duit..ada orang kata "duit banyak tapi kedekut pahit"

Bila kita ikut peraturan..ada orang kata "tengok tu, skema betul"
Bila kita langgar peraturan..ada orang kata "bodoh betul la orang tu"

Bila kita tegur dengan baik..ada orang kata "bajet bagus la kononnya"
Bila kita tegur dengan kasar..ada orang kata "kurang ajar, tak ada adab betul"

Bila kita pakai sopan..ada orang kata "update la sikit,macam kampung sangat"
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'..ada orang kata "malu la sikit, tak ada maruah ke?"

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?"
Bila kita sindir-menyindir..ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok ke?

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "tak payah la duk menyibuk kat sini"
Bila kita tak tolong apa-apa..ada orang kata "dasar pemalas betul"





15 comments:

  1. assalamualaikum PCL. kasihan membacanya. manusia kan, tak pernah nak perbaiki dan insafi diri =.='

    ReplyDelete
  2. Susah plk macam nie yea,klu boleh berpada2lah.

    ReplyDelete
  3. seeloknya besederhana.. tak payah layan sangat apa kata orang jika kita merasakan apa yang kita buat tu tak melanggar hukum agama&undang2..

    ReplyDelete
  4. hahaha..

    itulah manusia...

    tu sebab..
    kita pentingkan niat..
    kerana allah..
    utk mendapat redhaNya..

    so tak perlu peduli tanggapan/kata kata orang..

    ReplyDelete
  5. assalam PCL...mmg ssh kalau dah namanya manusia...nak puaskan hati semua org mmg la ssh...tp sabar je jln terbaik....

    ReplyDelete
  6. memang serba tak kena..kita pulak jadi serba salah..haihhh..... susah susah susahhhh

    ReplyDelete
  7. Tu la..dengar cakap orang serba xkena kan..ada saja yang salah..pekakkan telinga jika betol apa yang kita buat..

    Lama betol xdpt dtg blog PCL..MISS U..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL...betul tu serba salah dibuatnyakan...:)

    ReplyDelete
  9. memang itulah perangai manusia.lagipun hidup bermasyarakat macam ni memang kena tebal telinga aje.tiada siapa sempurna di mata sesiapa pun.yang sempurna hanya DIA

    ReplyDelete
  10. LAIN ORANG LAIN RAGAMNYA.. EH, MEMAMG MACAM2 HALLAH.. :)

    ReplyDelete
  11. lumrah hidup, takde siapa yang mampu puaskan hati semua orang. biarlah Allah je yang tau. lagi senang macam tu...

    ReplyDelete
  12. Lumrah kehidupan PCL.....
    Buat tu salah, buat ni salah, tak buat apa2 jadi lagi salah......

    ReplyDelete
  13. Dunia kan.. Too judgmental. Semua benda tak kena, baik tak payah hidup. Waa.. Kasar sudah bunyii ~_~

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.