Sayang suami banyak-banyak

Friday, May 24, 2013 PCL 0 Comments


Ada suami yang tak pandai sangat nak urusan rumah tangga...asyik isteri yang buat semua, namun dia bijak berjenaka, meriah sungguh suasana.

Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri makan-makan di luar mencari sedikit kelainan dari biasa, tenang sungguh suasana.

Ramai juga suami yang tidak pandai memujuk apa lagi bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta tolong  sini dan bantu sana .

Setiap keluarga yang terbina dari dua insan , ada kelasnya tersendiri...
kita lihat mereka tak bahagia walhal bagi mereka , mereka cukup bahagia... bahagia mereka dengan cara tersendiri..

siapalah kita, orang luar untuk mengukur kebahagian orang lain..

letak tepi kekurangan suami dan ambil kelebihannya pasti isteri juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti yang diharapkan.

[buat isteri] .. Syukur nikmat kepada Nya., katakan.. "aku sudah bersuami".






0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.