Daging Landak Sedap Ke ?

Saturday, June 01, 2013 Nazlee Ismail 1 Comments

Salam cuti-cuti...

Rumah pcl ada tetamu dari Sp Kedah, depa mai semalam lagi dan mungkin berkampung @banting ni dalam 2, 3 hari... banyak rancangan dalam kepala nak ke sana sini..., untuk pagi ini kami bawa depa makan pagi dan terus ke Paya Indah Wetland, Dengkil.., nak tengok orang bagi Hippo makan.., nasib tak baik... hippo bersembunyi dalam air...tengok dari jauh jer lah..

nasib sempat gak tengok buaya besar..., dorang baru habis time bagi makan buaya...terdapat berpuluh ekor buaya lagi yang belum masuk ke tasik... , aku duduk dari dalam kereta je sebab time tu panas sangat...lagi pon dah datang 2, 3 kali sebelum ni..

kepada sesiapa yang belum pernah ke sini (Paya Indah Wetland) silakanlah berkunjung..banyak aktiviti riadah bersama keluarga dan juga kemudahan chalet disediakan.

.. ada suatu yang menarik ...

benda ni belum pernah aku buat, pegang dan bermain-main dengannya  ;

Landak ! , nama panggilan kepada landak ni ialah ''Dina'' ..sure betina..








'dina ' ni sangat manja.. dia tak kisah dengan pelawat yang teringin membelainya...

haha...  otw nak balik tu ...boleh aku cadang nak buat sup landak, tapi semuanya tak lalu nak makan...walaupun harga pasaran daging landak mencecah Rm80 sekilogram tidak memberikan kesanggupan untuk manjamah hidangan haiwan manja seperti ''Dina" tadi tu....huhu...aku sekadar bergurau sebenarnya.

kalau dah masak siap-siap hidang dan tak ada sesiapa bagitau tu daging landak..pasti aku tak kisah nak memakannya.






...disebabkan teringin nak makan sup jugak, aku singgah di pasar ...beli tulang lembu berserta dagingnya..nak buat sup. Sup lagi ! ...sudah la pepagi tadi pekena mihun sup sempoi ...

*anda masak menu apa harini ??

 p/s ..camana sinki dapur tak tersumbat dengan lemak..bayangkanlah.


Published with Blogger-droid v2.0.10


1 comment:

  1. urm...time ngaji pakai duri landak buat penunjuk
    eh. lari topik. hehe

    dear, jemput jenguk blogshop baru. ada lulur spa dan produk spa yg di supply ke spa-spa

    http://www.d-homespa.blogspot.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.