Blogging secara santai itu lebih menenangkan...

Monday, July 08, 2013 PCL 1 Comments

Bayangkan blog kita ni sebagai sebuah rumah yang selalu didatangi oleh tetamu.., oleh itu kena bagi cantik sikit bagi mereka yang kali pertama singgah  akan terus ingin datang kembali..

Setiap entri dalam blog kita adalah pintu.
Pintu utama kita bukan muka utama (homepage) sahaja.

Tajuk entri dan isi kandungan entri kita adalah antara faktor penentu kepada berapa ramai yang berkunjung ke rumah kita.

Oleh itu, elakkan menghias secantik mungkin di pintu depan sahaja tapi kita tidak hias pintu-pintu lain di setiap entri blog kita.


1. Menulis fakta dan menulis karya kreatif memerlukan pendekatan yang berbeza dalam pemilihan tajuk entri.2. Kita dinasihatkan supaya memberikan tajuk entri yang paling tepat dan paling releven dengan isi kandungan entri kita.3. Elakkan penggunaan ringkas (shortform) dalam memberi tajuk entri.4. Tajuk entri mestilah terus (direct) dan tidak berselindung (straight forward).5. Pelajari selok belok Search Engine Optimization (SEO). Search pada google untuk lebih mendalami tentang SEO ini.6. Elakkan memilih tajuk entri yang tidak ada kena mengena dengan isi kandungan.

psst ..bab nak letak tajuk, blog pcl ni memang  GAGAL ! , blogging secara santai itu lebih menenangkan bagi saya.



1 comment:

  1. salam, hahhaha sama la kita..tajuk tu yg kadang susah nak bagi :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.