Cerita puasa di hari minggu kami..

Sunday, July 14, 2013 Nazlee Ismail 1 Comments

Berbuka puasa dalam kereta.. , kat tempat parking JJ Bukit Tinggi ..

kalau orang lain mungkin disebabkan  terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau sebagainya..

tapi ni memang sengaja dibuat macam ni... hari ni juga adalah pengalaman kedua yang disengajakan. (tahun lepas dah pernah buat sekali..) hehe macam best pulak !

tadi petang keluar awal ke Klang , Hanis nak beli baju kurung untuk raya..sibuk jer dia bila cuti sekolah macam hari ni mana boleh duduk rumah aje..

pegi GM Klang...pusing-pusing cari baju raya Hanis..tak jumpa yang berkenan, alih alih akak Nina yang beli untuk dia ..melopong si Hanis.

ke JJ Bukit Tinggi pulak kami...Hanis punya pilihan memamg susah nak dapat..kalau ada, saiz pula jadi problem.

kalau perempuan membeli sampai malam pon tak sedar..., aku tapaw makanan dulu sebelum waktu berbuka.., simpan siap-siap dalam kereta dan cari parking yang paling hampir dengan surau., memang plan macam ni sebab boleh lari masuk surau cepat...dan tak perlu bersesak

berbuka dengan sengaja dalam kereta , dengarnya macam  nak buang tabiat je kan, ... tapi sebenarnya nak memudahkan dan mempercepatkan masa , takde lah lepak lama sekeluarga menghabiskan makanan yang dipesan ketika berbuka.

...nampak penat puasa seharian, rasa lega bila menghabiskannya dengan makan-makan besama keluarga...tapi malangnya begitu santai menikmati  juadah,  maghrib pula berlalu begitu saja tanpa ada rasa segan silu..entahlah...*masing-masing punya hal, kita nampak orang lain buat...jadikannya iktibar dan perbaiki diri kita supaya tak turut sama... wajib dan mana lebih wajib mungkin ada kompius dalam diri mereka .

# mengejar persiapan dunia itu mesti dan akhirat itu pasti !

sambung sikit lagi pasal baju raya Hanis, ....n last sekali beli juga Hanis sepasang baju kurung ....berkenan kat baju kurung pahang warna merah ....Uptown Banting juga akhirnya..ahhaha.

sekian.


1 comment:

  1. hehehe acik pon dah merasa berbuka dalam kereta :) masa tu ada air kosong saje

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.