Kisah Ramadhan Blogger Nordiana Mohd Saad

Wednesday, July 31, 2013 PCL 2 Comments




emm siapa Nordiana Mod Saad  tu..

oklah kita baca terus kisahnya di sini.. tak perlu klik, baca je..


"04:30am alarm hp bunyi macam biasa..,  saya basuh muka terus kedapur, goreng telur nak buat masak kicap febret hanis.. masak sambal udang yg pcl suka dan bancuhkan milo ais untuk 2 org anak dara nih. . 
ok siap, ... hidang atas meja  dan bersiap sedia untuk makan sahur bersama.

Pcl.., macam biasa tolong kemas dan cuci pinggan mangkuk dalam sinki ..biasa dia buat macam ni selalu... *bagus..rajin kan? hehe...alah saya tau semua suami perihatin nak tolong isteri memasing. ..tp taktau nk buat apa masa kat dapur tu...kan kan.

....lepas tu kan, .. pcl naik tingkat atas nak gerak anak2 ..bangunkan depa tidoq ...

..jeng..jengg2.. masa turun anak tangga tu dia pandang jam kat dinding terus cakap  "..ma tengok jam tu.."

rupanya dia dah syak dah masa naik atas td tu dia nampak cahaya luaq masuk celah  'curtain'

..sambil belek2 jam kat hp lain macam tak caya la pulak..
jam,  ..lagi 10 minit tunjuk  pukul 7 pagi.. meratapilah sekejap di hadapan makanan yg sudah
tersedia..hanis dah semacam geram nak makan masakan febret dia..huhu... kesian plk kami  tengok dia..

" ni namanya dugaan dik, sabaq nah " .. dengan rela kami tutup semuanya dengan tudung saji. ..

#kesiangan sahur

#sengaja tak nak bersahur tu biasa bagi sesetengah orang..tp bila nak bersahur terlepas pulak... itu dugaan sebenarnya.



Published with Blogger-droid v2.0.10



2 comments:

  1. dugaan bulan ramadhan .. biasa terjadi .. hehehe ,, :)

    ReplyDelete
  2. Alahaiii...kesiannya.

    Kak Aina tak bolehlah puasa tanpa sahur ni, lembik semacam ja nanti. Nasib baik ada 2nd alarm dr kampung. Kalau pukul 5 belum call mak lagi pagi tu maknanya mak kena call kejut lah tu...hehehee... Setakat ni sekali ja mak call kejut.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.