Manfaatkanlah segala yang diberikan untuk kebaikan.

Saturday, July 06, 2013 Nazlee Ismail 0 Comments

Assalamualaikum wbt,

Bermanfaatkah diri kita ini...?

Bagaimana caranya kita bersyukur?

Manfaatkanlah segala yang diberikan untuk kebaikan.

Punya ilmu, pratikkan.
Punya kelebihan harta, sedekahkan.
Punya kesihatan, manfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah.
Punya peluang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Rajin-rajinlah pergi kuliah, setiap langkah kita itu ibadah.
Punya masa berharga, jangan disia-sia.
Punya idea dan kemahiran, kongsikan.
Punya masa yang terluang, rajin-rajinlah mendoakan sesama saudara. Doa seorang teman kepada temannya tanpa pengetahuannya adalah antara doa yang akan dimakbulkan Allah. Doakanlah yang baik-baik. Setiap kebaikan yang kita semaikan pasti akan membuahkan seribu kebaikan lain tanpa kita sedari.

Punya masalah? Jangan putus asa dan mengalah. Masalah itu tanda Allah sayangkan kita dan Allah mahu kita ‘upgrade’ ilmu, semangat dan keyakinan.

Moga kita benar-benar dapat menjadi insan yang bermanfaat agar adanya kita di dunia tidak sia-sia dan kehadiran kita bukan percuma.

salam santai pagi.

~sumber



0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.