Saving... bukan bermaksud 'ikat perut' .

Tuesday, July 02, 2013 PCL 0 Comments

alkisahnya ..saya bukan nama sebenar.

Saya tak buat kenduri kahwin sebelah lelaki…
Isteri kempunan nak bergambar tukar-tukar baju kimono, cheongsam dan lain-lain. hehe..

Itu cerita 11 tahun dulu.

Sekarang umur dah 36 tahun, anak dah tiga, besar 8 tahun, kecik 1 tahun setengah
Insya Allah, pondok buruk kami akan habis bayar bulan lapan tahun nie.
Insya Allah, lagi 2 tahun 10 bulan 10 hari dah boleh berhenti kerja sepenuh masa.
Monitor anak-anak  lebih dekat, jaga emak-emak yang semakin tua dan buat tuisyen free kat kampung. (angan-angan je nie… hehehe….)

Cadangnya nak buat haji + pergi melancong jauh skit sebelum berhenti kerja penuh nanti.
Sekarang masih makan gaji dan pergi keja naik moto macam 15 tahun dulu.

Anak-anak saya masih makan kfc atau mcD, makan-makan di luar macam keluarga lain jugak dalam dua minggu sekali. Pada saya, saving bukan bermaksud ikat perut sampai tak beli susu anak, tangguh bayaran bil dan sebagainya.

p/s ;.. dalam keluarga perlu ada seorang 'akauntan' yang sangat peka dalam perkara ini.



0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.