Tanak Pulut ..

Friday, July 26, 2013 PCL 8 Comments


...ok, bukan 'tak nak' ye,,,nak sangat-sangat makan pulut bersama durian hahaaa..
hari tu ada durian tapi makan gitu aje...

hari ni pasti makan dengan pulut berserta santan campur sikit gula.., sambil taip telan air liur...glup !
menu berbuka hanya semata-mata ini saje... plus air sirap n kurma.

pengalaman memasak nasi beras pulut, serius... mamaD tak pernah masak pulut , dia lebih kepada tak suka...selalu beli je yang dah siap packing (pulut durian pasar malam).

aku, biasa masak pulut...lebih berbelas tahun lalu..masa jadi budak rajin kedapur tolong mak masak...ye la aku ni cuma ada 2 adik perempuan..masa tu depa kecik lagi...

tanak nasi atas dapur kayu adalah sesuatu yang mencabar.., nak hidupkan api, nak jaga api...dan nak kecikkan api jadi bara...huh. boleh 'pecah posa' aku..

ok...balik semula pada babak asal...
anak bongsu, Hanis Umairah memang suka dengan pulut durian ni...bila tak dapat, kesian pulak dan hari ini ada peluang nak buat sendiri.

Hanis balik dari tuisyen sekolah terus bau ....menjerit dia suka .

so, menu kami hari ialah Durian pulut tanak sendiri...

lebih mudah, lebih puas.....harap boleh control sendawa yang semerbak bila malam terawih nanti.

cadangan hidangan  : sumber

Apa menu juadah anda hari ini ?




8 comments:

  1. AnonymousJuly 26, 2013

    saya lebih suka makan pulut dengan rendang . sama la kita masa kecik2 dulu . masak guna dapur api . pastu berasap dan habuk dia , sabar je la kan ...

    ReplyDelete
  2. biasa makan pulut dengan kari je..hihi..
    mesti sedap nie :)

    ReplyDelete
  3. Best tu pcl dpt pulut + durian....

    ReplyDelete
  4. sedapnya tp chic na lagi suka pulut mangga.. ;)

    ReplyDelete
  5. Masih ingat lagi pengalaman memasak guna dapur kayu tu.. .pulut durian tu mmg kegemaran .. skrg ada kt kg..memandang pokok durian yg berbuah lebat..tggu masa nak luruh..

    ReplyDelete
  6. @harumankasehvee , kalau pulut rendah lbh meriah masa raya nanti. , ..tinggal kenangan, dapur kayu masih ada tp tidak digunakan lg..

    @Nao Mei , kena cuba durian..sedaap !

    @Amin A. R , sesekali boleh

    @Chic Na , pulut mangga harum mannis, perlis mai..terbaek !

    @mieza Jhaa k , ..meriah lg la raya ni...musim buah.

    ReplyDelete
  7. haaaaa tiru eimah eh?! haha *ops

    ReplyDelete
  8. apa rasa ya . hari ni baru tahu . boleh makan dengan durian. terliur ni -.-''

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.