Tentang Duit Raya..

Thursday, July 18, 2013 Nazlee Ismail 13 Comments

..yes..awal lagi, tapi sebenarnya dah boleh dah nak bagi kat budak-budak...Duit Raya.


Apakah pandangan ustaz mengenai pemberian duit raya yang pada pandangan saya merupakan ikutan dari adat masyarakat cina.

Betul. Di zaman dahulu memang tidak ada. Di negara Arab pun tak ada. Cuma sekarang ini dan di sini sajalah. Tetapi ianya boleh digulungkan sebagai amalan yang baik cuma perlu 'diislamkan'. Kalau niat sedekah, maka sedekahlah juga pada waktu-waktu lain, bukan hari raya saja.

Bila sedekah jangan pula sebut 'angpau' dan seelok-eloknya pada orang yang betul-betul perlukan sedekah. Kita mungkin kena jaga supaya ianya tidak jadi budaya yang kita tak kan dapat apa-apa diakhirat. Mungkin kita boleh ubah sikit iaitu kita beri sedekah pada bulan Ramadhan bukan pada Hari Raya kerana kelebihan sedekah pada bulan Ramadhan itu lebih besar.


# a ah ye ..kekadang biasa mulut sebut angpow raya!
# buat sedekah hanya pada hari raya.. hari lain nampak sangat berkiranya.
# banyakkan sedekah dibulan ramadhan terutamanya..
# ....anguk-anguk.! ..tapi buat juga...Owh lupaaa..dah terbiasa..haha.

banyak lagi persoalan boleh terjah masuk~sumber ini sebagai rujukan.




13 comments:

  1. AnonymousJuly 18, 2013

    bukan setakat hari raya. sebab tu kalau jumpa anak-anak buah (atau anak kawan) masa hari biasa, bagi jugak seringgit dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @smbotak..sedekah bila berkehendak lakukannya..berlipat ganda pahala di bulan puasa.

      Delete
  2. a'a kat..sebut angpow dah mengikut adat cina..... kita bagi duit raya selalu pada budak2 sebagai ganjaran mereka berpuasa..kalau bagi ramadhan, nanti ada yang ngelat..hehe..tapi kalau nak bersedekah jugak di bulan ramadhan, pun tak salah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah malahan digalakkan bersedekah di bulan mulia..

      Delete
  3. wah dah lain blog PCL ni..MV nak duit raya juga boleh??hahaha

    ReplyDelete
  4. dah jadi tradisi kan bagi duit raya.. anggap je la sedekah.. ;)

    ReplyDelete
  5. hihi....InsyaAllah da rezeki cik akak pasti kongsikan...:)
    Anak sedara cik akak tu memang suka minta angpaw raya

    ReplyDelete
  6. TERINGIN NAK DAPAT DUIT RAYA DARI PCL.. :)

    ReplyDelete
  7. angpau... mcm cina sgt kot...

    ReplyDelete
  8. singgah sini .
    makcik sebelah rumah selalu pesan " erm tahun ni xde duit raya tw" . mmg tiap2 thun xde duit raya.. kesian budak budak yg dtg beraya n mhrap duit raya. huhu

    ReplyDelete
  9. @Mrs Velentine , ..alhamdulillah rangsang mood blogging.

    @Chic Na , ..kalau sedekah ikhlas dah tentu dapat pahala.

    @Nao Mei , murah rezeki cik akak sedekah kat kanak2.

    @fairus , beraya la dgn pcl thn ni..

    @ lia , ..memang cina kalu guna sampul merah... haha.

    ReplyDelete
  10. @Green Amila , ..ada sebab la tu agaknya makcik tu cakap mcm tu..ingat yg baik2 je..

    ReplyDelete
  11. angpau/duit raya mmg dah jd tradisi tiap2 kali raya..kalo x bg duit raya kesian pulak kt budak2..hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.