Tips: Kawal jeritan anak-anak..

Wednesday, July 17, 2013 PCL 5 Comments

[budak2 memang suka menjerit...]

kekadang rumah ni jadi bising sangat dan ada ketikanya senyap macam tak ada penghuni di dalamnya.. kalau senyap tu maknanya semuanya tengah tidur lena termasuk mama ni sekali..hehehe.

budak akan aktif bila sudah cukup tidurnya, kalau kat rumah ni pukul 10pg ke atas tu dah mula bising2 cuma tak kedengaran orang di luar sebab rumaah ni sentiasa bertutup rapat...kalau dengar pun sayup2 aje..

keriuhan tiga orang anak2 ni disebabkab depa suka sangat bergurau sesama sendiri ..menjerit cukup mau !, bila cakap pun jerit ..sikit-sikit jerit apa lagi kalau menagis..huwaa melalak , boleh pecah gendang telinga mama.

kalau mama perhati dari awalnya bukan semua suka menjerit.. cuma ikut-ikutan saja, mama takmau tulis la kat sini..siapa, mama tau kekadang ada yang 'menyampai' walau ibu depa tak baca entri ni. nanti kecik pulak hati dia.. saja nak konsi tips..ok kan.

nak share macam mana nak menangani masalah anak2 yang suka menjerit-jerit tu..

mama selalu buat amaran; letak jari tangan di mulut dan cakap sambil berbisik-bisik (haa macam iklan yusof taiyob tu..) tak guna marah2 atau  kita sama menjerit menyuruh senyap,  memang tak makan saman..bebudak ni sifatnya kontra masej...kita kuat dia lagi kuat jerit!

Berbisik bila menasihati mereka ..buat dua , tiga kali insyaAllah depa akan faham..., mama puji depa ni memmang bagus.. dan  anak2 yang cerdik macam ibu2 depa jgak :)

cubalah cara ni, dan jaga 'suara merdu' kita wahai ibu2 sekalian .... 

ke memang dah buat macam tu selalu?? .. tapi tak makan saman ! hehe... berdoa jerlah..usaha dah buat, tapi bebudak ni sebenarnya nakal tak lama...kalau sunyi sepi tak bermakna pulak hidup bebudak tu. 

Sekadar berkongsi ...tak ada apalah...dah lama tak menulis panjang menyumbangkan entri di blogpost pcl ni. 

~diana





5 comments:

  1. wah mama d ya....betol tu....budak2 nie...memang perlu kita cakap lemah lembut...baru mereka faham :)

    ReplyDelete
  2. mmng budak2 perangai dia mcm tu..tpi klu depa tak da kt umah rasa sunyi plk..hiii

    ReplyDelete
  3. @Nao Mei ...kena belaja ni tau, tp dah punya anak sendiri ..taulah nak handle mcm mana nt.

    @siti ZAHARA .., dah biasa bising2 tetiba senyap semuanya..macam rasa ada yg tak kena plak..

    ReplyDelete
  4. nice sharing... hehe... mmg guna cara yang sama... berkesan walaupun sekejap... hehe...
    kalau anak murid pula, sy diam maka diorg pun diam sekali... hehe

    ReplyDelete
  5. terbaik.. anak sy dah start suka menjerit skrg ni.. boleh praktikkan (^_^)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.