Harga Runcit Ayam Rm7.70 sekilogram

Wednesday, August 07, 2013 PCL 2 Comments

..emm raya tahun lepas, emak saya dan kakak ipar terpaksa menunggu depan pintu econsave (pasar dah kehabisan stok ayam masa tu..*semua org nk makan ayam) gara-gara nak dapatkan bekalan ayam.... kebetulan raya 2012, saya pulak beraya di kampung mak saya di Perak..kalau tidak,  awal-awal lagi dah beli hari sebelum raya tu..

# Ayam kampung..jangan harap lah kan, .. memang tak merasa lah !
#..tahun ni , saya ada.

...hehe menantu., awal lagi dah membantu.. check harga ...yes, memang betul !
Harga ayam memang ikut apa yang disiarkan dalam akhbar Julai lepas..standard Rm7.70/kilogram

PUTRAJAYA 19 Julai - Harga ayam standard akan ditetapkan pada kadar RM7.70 sekilogram di seluruh negara berbanding purata harga runcitnya sekarang, RM8.40 sekilogram. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, penurunan 70 sen itu akan dilaksanakan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini selama 17 hari bermula 26 Julai ini. 
 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130720/dn_03/Harga-ayam-standard-RM7.70-sekilogram#ixzz2bJd8kcWd © Utusan Melayu (M) Bhd


Pasal Ayam juga, mengigatkan aku sketsa benar 2012 nih..

pcl : Dik, telur sepapan berapa?
Penjual : telur ayam atau telur itik?
pcl : telur ayam.
Penjual : Telur ayam biasa atau telur ayam kampung?
pcl : Ayam biasa je lah.
Penjual : Yang biasa tu tempatan atau import?
pcl : Yang tempatan.
Penjual : Yang tempatan mahu dari sini,  Ipoh atau Alor Setar punya?
pcl : Yang Banting punya lah...( nada cm kesal je...memang! )
Penjual : owh, Banting punya supply dari Kancung...mahu Kancung Darat,  Laut atau Bengkok?
(pcl dah mula panaszzz. !!!)
pcl : adik ni nak jual ke nak bawa saya bersiar siar makan hangin! ..
Penjual : Maaf bang.....saya jual burger kat depan tu je, kebetulan tuan kedai ni keluar jap dan minta tolong saya 'layankan' pelanggan dia sampai dia datang balik.






2 comments:

  1. sabarrrr ... heheheee ... balik kg boleh kerah tentera kejar ayam ... selamat menyambut lebaran , mohon maaf zahir dan batin . semoga ceria bersama keluarga tercinta ...

    ReplyDelete
  2. Hahaha, sabar jelah. Mmg layan sungguh dia tu. First class punya layan. Kelakar la pcl :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.