Jangan merdeka sangat! ..

Saturday, August 31, 2013 Nazlee Ismail 8 Comments


...Ambang Merdeka!  ... emmmm semalam hanyut tak larat melayan mata, so takda ambang-ambang....terus merdeka je hari ni. tv  langsung tak tengok...bunga api  lagi lah hahah...cuma sesekali kedengaran dalam mimpi....zzzzz.

mana semangat merdeka sebenarnya? .. wallahu...aku pon tak tahu.
aku dapat email jemputan untuk hadir malam tadi ke Putrajaya....tapi dapat minit yang ke  penghujung. ..dah nak balik, terus malas nak layan!

macam mana nak terapkan Semangat Merdeka kat anak-anak sekalian,...kita sendiri pon sama...jauh sangat dengan semangat merdeka nih.
yang kita sedar hanyalah....Hari Merdeka adalah hari cuti...yes ! hari nak berehat,  nak bersantai dan berjimba dengan keluarga.

nak tanya,  kemana korang sempena cuti Hari Merdeka? ..ada jemputan rumah terbuka hari raya? ..undangan kenduri kahwin? atau  bbq reramai tepi kolam eh ?  owhh bahagianya ...

okay....rumah terbuaka raya Blogger Rider Sejati, Jun Aina di Kajang hari ni,..agaknya dah ramai blogger khususnya group KKA di sana. ~pcl mohon maaf...tak dapek nak join.

ada hal lain nak urus...esok nina nak masuk asrama balik, ...hanis sibuk dengan kelas tuisyennya...exam upsr nak dekat sangat dah!

...dari pagi aku nak blogwalking tapi macam perlahan pulak capaian internet hari ni....ramai yang guna,  merdeka disambut dengan erti kata sebenar..haha, semoga berbahagia di rumah bersama ahli keluarga,...sebenarnya itu adalah lebih baik daripada membiarkan anak-anak berpeleseran tanpa kawalan di luar.

#lebih baik kita kawal dari  mereka terlampau MERDEKA sangat!

#Okay, ada makluman sikit tentang Segmen sempena Birthday MamaD..
entri masih dalam deraf.   Tapi  yang pasti esok akan bermula.. Esok 1sept - 6 sept,  harap jangan ketinggalan..mohon sokongan dari rakan-rakan bloggers.

Selamat Bercuti MERDEKA!  ..Merdeka. .merdeka.. :))
.

Published with Blogger-droid v2.0.6



8 comments:

  1. Vee pun macam emotionless je sekarang. Haha. Takda feel feel sangat untuk merdeka mcm zaman sekolah rendah. Dulu confirm ada celebration, setiap orang pakai baju tradisional. Tapi sekarang lain. Bila dah belajar sejarah, dah tau cerita sebenar, 31 Ogos is just an ordinary date to Sarawakians, but still tumpang gembira for Semenanjung Malaysia and Sabah =) Selamat bersantai-santai uncle! Looking forward for the segment. Lama sgt tak join segment ni. Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Vee ; ...kembalikan semangat merdeka yg tak mencapai matlamat sebenar. itu yg membuat kerisauan. .lebih baik tiada sambutan dari membiarkan jajahan minda terus berlaku.. fahami sejarah terlebih dulu.

      Delete
  2. Nak join, nak join :)
    Taman kami kat sini ada buat program. Berarak, rumah keretw basikal berhias. Makan makan.. meriah plk tengok.
    Hapy merdeka day pcl

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Baby comel ; .. owh bestnya..tujuan nak merapatkan silaturrahim penduduk macam tu baguslah...

      Delete
  3. Hmm... Sebaiknya merdeka dismbut dgn ucapan yassin attu doa selamat bkn pkra2 yg lagha... Merdeka dr zahir..pemikiran dan batin msih dijajah sbnrnya... Erti merdeka pun org muda msih tak tahu yg sbnrnya... Sy x smbut pun wpun de ank merdeka.. Hehe... Sibuk cari air je hari nj... Slmt hari merdeka PCL

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kesiannya..krisis air eh, sabar ye Maria...kesedaran menjurus kpd kebaikan, sy setuju sokong sangat kalau ada. .. anak merdeka! seingat sy dulu2 ada keraian oleh badan2 berkenaan tp skrg ni... tiada yg istimewanya kelahiran 31Ogos...

      Delete
  4. saya dok umah pi recook dodol sambil tggu kunjungan tetamu klu ada . berjam - jam ler nak tggu dodol jadi keras ... aduhaiiii

    ReplyDelete
  5. Kiki...sama la..xder sambutan merdeka..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.