Jarang berlaku ~ kalau ada bagus lah !
asyik bersantai jer... perlu juga ada sikap ingat mengigatkan sesama kita semoga dengannya beroleh keberkatan dalam penyampaian seharian kita begitu juga kepada yang membacanya .***
..esok dah hari Jumaat , biasanya dah siap duit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid samada tabung khairat, atau tabung wakaf (pembangunan masjid).
"Jika seseorang manusia itu meninggal, terputus segala hubungan dengan manusia yang hidup di dalam dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaat dan doa anak yang soleh (HR.Muslim No.1631)
#mengenai sedekah jariyah
~bila ke masjid hari jumaat , kebiasaanya sedekah duit masuk ke dalam tabung wakaf masjid...
Lelaki yang ramai melakukannya, tapi jika wanita nak berbuat sedekah pon boleh, cuma berkirim kepada suami atau saudara lelaki atau sesiapa saja rakan sepejabat yang ke masjid. anda pernah buat? jika ya, alhamdulillah... jarang kita nampak kalau ada pon perkara baik itu disembunyikan wallahu'alam.
#Jangan lepaskan peluang untuk bersedekah
~ buatlah selagi mampu dan selagi ada jumaat untuk kita..perkara baik usah dipandang remeh, lagi satu..jangan berkira hari untuk melakukan kebaikan apa lagi dalam bab sedekah ini namun yang pasti penghulu segala hari ialah Hari Jumaat (Hari Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT).
(esok saya akan share tentang "Kelebihan Jumaat penghulu segala hari" ~ insyaAllah).
Tweet
dan bersedekahlah dengan seikhlasnya kan PCL?
ReplyDeleteelok bersedekah secara sembunyi :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...tapi setiap kebaikan yang suami buat isteri akan dpt syer so suami kenalah buat banyak2 kebaikan...:)
ReplyDeletebiasakan tgn di atas dari tangan di bawah...
ReplyDeleteTerima kasih ye, sedekah tu mampu membantu walau ianya sedikit
ReplyDelete