Nak puji mamaDiana... dan memang selalu dia dapat pujian pon.

Sunday, August 25, 2013 Nazlee Ismail 5 Comments



#budak baru (gambar seperti yang dijanjikan)

...nasiblah baby girl lagi, ...hanya bayi perempuan saja diterima dalam rumah pcl untuk dijaga oleh mamaD :P. ..tiada syarat yang termaktub di dalam perjanjian dengan sesapa..tapi kalau tengok dalam isi rumah pcl keseluruhannya adalah perempuan. .kecuali saya. itu secara kebetulan...dan ada bagusnya kalau semua sama jantina.

mamaD kata sama jantina walau berlainan umur bebudak tu agak senang nak urus..kurang nakal dan kurang juga gurauan kasar atau gaduh gaduhnya. alhamdulillah. ...sekarang total ada empat orang anak di bawah jagaan mamaD. ( aqeela 5, afni zulaikha 3, safi 2 dan yang terbaru baby Mia 4 bulan).

Baby Mia (Nur Ameena) ni adalah adik kepada Aqeela.  Safi pula adalah adik kepada Batrisya (dulu pernah dijaga masa umur 1-4 tahun) dan mungkin lepas nanti adik kepada Afni plak.... hah penat mamaD macam dah sign kontrak siap-siap dengan ibubapa dorang..haha.

#kontrak
yes,  secara tak langsung memang nampak macam ada kontrak tapi...ini berlaku secara kebetulan saja..rezeki Allah nak bagi lagi pon mamaD tu sunyi kalau tak ada yang teman masa saya kerja,  Husnina sekolah asrama dan Hanis sekolah pagi.

sekadar yang mampu untuk menolong mereka yang memerlukan,   mamaD cukup risau bila bab jaga anak orang nih...., apa yang saya nampak dia seorang yang teliti dan mementingkan kualiti...jaga anak orang bukan macam jaga barang oOO.., nak biar sesuka hati...kalau asal jaga sudah dan cukup bulan terima upah memang tak berkat. ..kesian budak budak. Sadis bila terbaca tentang kes dera bayi...sungguh tiada berperi kemanusiaan langsung mereka. ..haiwan pon sayang anak. ..taktau lah nak bandingkan dengan apa!

bila berlaku sesuatu kes yang melibatkan kanak-kanak didera oleh pengasuh..keluar berita dan akhbar, rasa macam tersentap plak.. yelah,  wife kita kan mengasuh anak orang...sikit sebanyak pengasuh dapat tempiasnya...tapi setakat ni syukur alhamdulillah...mohon dijauhkan dari sesuatu yang tidak diingini berlaku padanya.

itu pasal saya suka nasihatkan mamaD jangan ambil lebih dari kemampuan nak jaga budak. kalau mampu 4 org,  ok cukup setakat tu..Saya perhati. ...dan saya respek,  mamaD pandai mengurus masa... dalam ramai tu sempat dia masak dan sediakan keperluan kami anak beranak.

Memang patut pujian diberikan kepadnya dan dialah 'Super Women' kami ..
orang kata, mengasuh anak orang, ambil upah mengasuh kena dapatkan lesen khusus...tapi tu saya rasa  untuk yang nak buat bisnes...buka nursery dsbgnya.., kami belum sampai ke tahap tu lagi....insyaAllah mana tau kan!

okay, semoga sukses MamaD.

#suka kanak-kanak, sayang anak-anak dan buat sesuatu dengan ikhlas. ..tak ramai yang dapat menjalankan amanah  dengan sempurna.
Published with Blogger-droid v2.0.6



5 comments:

  1. jemput join giveaway fiqa :)

    2x hp case
    5x sheisido mask
    1x long sleeve top/pyjamas
    1x koleksi baju
    1x feminine wash jamu seri dewi malam
    2x topup RM5
    2x beauty set
    1x kain pasang sutera vietnam 2 tone
    1x kemeja

    16 hadiah untuk dimenangi!!

    Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz

    ReplyDelete
  2. memang respek dengan mamaD.. tak semua wanita (termasuk aiza) mampu menguruskan begitu..

    ReplyDelete
  3. Kan.. Memang super woman :D Setiap wanita yang bergelar IBU mmg super woman. Lagi2 yang jadi nenek, sanggup jaga cucu dorang sampai berderet.. Bila kita ikhlas, berkat akan berlipat kali ganda =)

    ReplyDelete
  4. respek kat mamaD...bukan senang nak jaga anak kecil ni..cam krole n Mrs. krole baru jaga baby Zahrah skngni...kengkadang tekjar2 jgk...mngkn pengalaman anak pertama kan bro PCL..bukan senang nak mengasuh anak ni so tahniah kepada mamaD n all the best

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.