Orang yang 'panjang tangan' tak boleh simpan lama.. 'cantas' terus..

Tuesday, August 27, 2013 Nazlee Ismail 4 Comments

..sejak hari dia disingkirkan dari kompeni (kurang pasti samada disingkirkan atau  resign sendiri) tiada lagi kejadian kecurian wang petty cash berlaku . sebelum tu kejadian telah  berulang sebanyak dua kali dan ada juga kehilangan barangan lain yang tidak dilaporkan.

dia pandai berlakon, sebelum hari kejadian...dia sendiri menawarkan diri melaporkan kehilangan tersebut.
..namun pihak kompeni lebih awal mengsyakki dan telah meneliti  latar belakang orang yang disyakki tersebut. *kompeni guna sistem rekod cap jari di setiap pintu masuk/ ...nah ! akhirnya dia terjerat jugak ..

hari kejadian , cuma tiga orang saja masuk melalui pintu tersebut , tak ramai... lagi pon masa tu hari Sabtu..cuti rehat kompeni. Dia bukan staf kompeni..dia hanya staf kontaraktor pencucian .

kejadian kedua ini baru melibatkan kes polis, report telah dibuat namun pihak polis menyerahkan siasatan dalaman dilakukan olek pihak kompeni sediri atas nasihat polis tanpa melibatkan pihak ketiga.

sesi soal siasat kepada pelaku yang disyakki (3 orang terbabit) telah berjalan di mana kawan saya sebagai pembantu penyiasat kepada Bahagian Pengurusan .

Orang buat salah selalunya hidup tak tenang..tak tenteram rasa, biarpun berkali disoal..disiasat jika dia tak salah dia akan bela diri tapi sebaliknya membisu seketika lalu dia menghilangkan diri begitu saja..*takut pada bayang-bayang sendiri agaknya.

#bersenang lenang di luar
saya ..2, 3 kali berjumpanya secara tidak sengaja di luar sana, namun salam tetap dihulur tapi riayak wajah tetap hambar...bukan saya tapi dia, mungkin dia nak 'lari' tapi tak sempat...nak buat taktau dah berada depan mata.

#makan duit haram
..nak bagi anak isteri makan, makan duit hasil dari mencuri.... ah! rileks je nampak dia. tak takut dosa kah ?

kesian kepada penjaga wang  petty cash kami, seorang wanita yang mudah tersentuh hatinya.., seorang ibu muda yang teraniaya dengan kejadia tersebut...hidupnya seolah-olah hilang arah punca disebabkan tekanan perasaan  ...sekali 'meletop' bergegar ruang ofis kami dibuatnya..., tensi melihat orang yang disyakki masih berlegar-legar depan matanya tanpa disabitkan kesalahan. sudah la  beliau sendiri nak dikenakan tindakan tata tertib oleh Bos kami disebabkan kecuaian beliau. nak kena ganti duit lagi..huhu, bukannya sikit beribu ringgit jugak la..


#orang yang 'panjang tangan' tak boleh simpan lama.. 'cantas' terus..
~hari-hari orang yang disyakki tersebut bagai  sampan hanyut di lautan, ke sana tiada siapa menyapa..ke sini tada siapa peduli, keakhirannya dia 'melemaskan diri'.

*baru tadi terserempak dengan dia, bila dah nampak dia.. ada bahan untuk saya bercerita ~ difikirkan, kenapa mencuri .. adakah ia tabiat sesorang yang sukar untuk dikikis?

ada pengalaman kawan dengan pencuri ? boleh share~ bukan pencuri hati eh...heheee.





4 comments:

  1. ada org mencuri kerana keperluan . ada juga sbb dah jadi kebiasaan ..,

    ReplyDelete
  2. kejadian ni berlaku masa aiza belajar dulu.. ada seorang kawan aiza, dia je yang ada motosikal pada masa tu.. dia ni memang suka tolong orang.. kami semua percayakan dia sampaikan pernah minta dia tolong keluarkan duit dari mesin ATM.. mula2 memang ok.. tapi entah macam mana ada kawan yang mengadu pada aiza sebab duit dalam bank dia semakin berkurangan.. tanya pihak bank, cctv menunjukkan siapa yang melakukan transaksi itu.. rupa2nya dia curi ambil kad ATM dan keluarkan duit senyap2.. mula2 rasa tak percaya sebab dia nampak baik.. akhirnya dia mengaku dan minta maaf.. kami maafkan dia sebab jika kes dipanjangkan kepada pihak polis bimbang pula jika dia dibuang dari universiti (kami semua masih ada sifat bertimbangrasa).. panjang pula komen aiza..

    ReplyDelete
  3. Ada orang mencuri kerana suka-suka walaupun berkemampuan....

    dan dalam bab mencari org tertuduh ni memang kena siasat betul2 siapa yang mencuri..salah tuduh diri teranaiya...

    rasa simpati plak pada ibu muda tersebut... kenapa org yang buat masih tak dikena tindakan??? sekurang2 nya dipotong gaji atau diminta bayar balik?

    ReplyDelete
  4. pernah terjadi kat tempat saya bekerja..saya sendiri yang menangkap setelah mengambil alih kerja orang sebelum ini..cuma masih bagi dia peluang dan dia telah ditukar ke department lain kesian melihat dia ada komitmen keluarga...hukuman increment dan bonus dia kami tak bayar

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.