Dia yang segala macamnya untuk saya.

Thursday, September 19, 2013 Nazlee Ismail 7 Comments


Assalamualaikum,

# ini merupakan entri khas untuk pemenang kategori 1 yang kedua.

kalau nak sebut nama blognya agak berbelit lidah, namun setelah diteliti betul-betul ia merupakan gabungan dua perkataan yang menggambarkan nama dan tempat ..

kita pergi terus ke dalam entri yang mahu diketengahkan , sambil baca boleh juga jadikan sebagai panduan dalam sebuah kehidupan ..kehidupan mencari bahagia dunia dan akhirat., in sha Allah.




"Saya tak banyak harta benda untuk di sumbangkan kepada masyarakat dan dunia, jadi saya memilih untuk menulis blog, dengan harapan kalau ada ilmu yang dapat saya sebarkan, saya akan sebarkan untuk kegunaan semua orang. Mungkin tidak semua orang suka dengan apa yang saya tulis, tetapi itu adalah adat dunia, kita tidak boleh memaksa orang lain suka dengan apa yang kita suka." ~ http://memetlenggeng.blogspot.com

Tuhan tidak tanya berapa lama kita hidup dalam dunia ini, tetapi Tuhan akan tanya, berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.

Entri Kekeluargaan
Dari blog beliau , saya lebih gemar preview entri yang berbentuk Kekeluargaan...serius memang kena dengan kehidupan kita sebagai manusia ...walau apa pun , keluarga perlu diutamakan.

Sangat teruja dan tersentuh perasaan bila saya  membaca entri mengenai hari ulang tahun perkahwinan beliau dan di akhir entri tersebut ..katanya ;

"Ramai juga lelaki yang baik-baik dalam dunia ini, bukan suami saya seorang sahaja. Namun saya tetap merasa gembira untuk menyatakannya kerana dia adalah salah seorang diantara yang ramai itu. Oleh itu saya sangat menghargai perkahwinan ini. Mungkin tidak ada hadiah untuk saya kepadanya atau hadiah dari dia kepada saya. Tetapi kebahagiaan yang telah dilalui adalah hadiah yang terbaik untuk ulangtahun perkahwinan ini. "

mari kita terjah blog beliau dalam entri yang saya maksudkan ; (klik banner di bawah)


Beliau juga dikenali di facebook dengan nama seperti link gambar di bawah..pcl pon baru add dia je.


p/s ..apa yang anda dapat dari entri tersebut ?




7 comments:

  1. setuju dgn n3 dia....ikhlas saja bunyinya..boleh terjah nti..

    p/s balik penang ke pcl si juju tu nak nikah nanti..

    ReplyDelete
  2. saya juga suka dengan tulisannya . hampir setiap hari saya terjah blognya ...

    ReplyDelete
  3. yea betuiii.. bagus penulisannya.. baru jap tadi jenguk.. heeee..

    ReplyDelete
  4. Insha Allah akan mnjengah nnt... :-)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL...boleh terjah nanti...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.