Duit Raya Cik Misya dah sampai..

Wednesday, September 04, 2013 Nazlee Ismail 2 Comments


Duit Raya Cik Misya dah sampai..tapi hanis tak ada di rumah sehari dua ni.

.. Hanis Umairah hari ni ada seminar kecemerlangan untuk pelajar upsr.  ..pagi tadi mendaftar masuk program luar sekolah selama 2 hari 1 malam.

Bagus betul Guru Besar dan guru-guru yang terlibat khususnya Sekolah SKKD Banting...memang dorang lebih bersemangat dan proaktif., untuk mengekalkan rangking pencapaian upsr sekolah terbaik tahun lepas..haruslahkan cikgu kena buat kerja rajin.

Sejak  bermula selepas cuti raya lagi murid telah 'dikerah'  dengan kem kecemerlangan  termasuk motivasi, kem ibadah solat solat sunat dan sebagainya. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya kepada kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun , ia adalah satu cabaran besar dalam kehidupan belajar mereka..

Pagi tadi murid yang terplih termasuk Hanis mendaftar untuk program 2 hari 1 malam... *depan rumah kami ni je pon...kebetulan pihak.sekolah menggunakan kemudahan kerajaan yang tersedia (Mes Pegawai Pusat Angkasa Negara). ~ nama Hanis glamour sekejap di kalangan guru sebab bapa dia kerja sini..




okay ..sebenarnya nak cakap yang hanis dah dapat sampul duit raya kiriman dari cik Misya,
gambar kat atas tu adalah buktinya, baru saja diterima pagi ni... hanis belum buka lagi, agak berapalah yang hanis dapat dari cik Misya. (menang segmen ini). berapa isinya ..kena tunggu hanis sendiri yang bukak nanti..

#ingin melihat kejayaan anak,  ibu bapa juga harus bantu memberikan sokongan moral. . tidak terhad kepada guru semata mata ..bagi pihak ibubapa pula , saya bersyukur kerana mereka diberikan pendedahan/pembelajaran luar dari persekitaran sekolah.. bak kata orang sesekali kenalah 'tukar angin'.

#semoga berjaya kepada semua anak anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR  pertengahan September nanti.



Published with Blogger-droid v2.0.10



2 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.