Kekadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Tuesday, September 03, 2013 PCL 6 Comments

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? Adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

*terima kasih cikgu

# bila mereka gembira aku juga bahagia .

capture menarik pg nih ~ ramainyer skodeng !!..semangat tetiba . syukur alhamdulillah.





6 comments:

  1. ramai org anggap hidup sorg dlm usia saya nih , saya lebih free . tapi hakikatnya apa yg ada dlm hati saya , hanya saya dan Allah saja yg tahu ...

    ReplyDelete
  2. hanya Allah je yang tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati.. tak semua yang aiza dedahkan kepada orang adalah rahsia sebenar diri aiza..

    ReplyDelete
  3. betul tu, orang lain tidak perlu tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati kita. Kadangkala, kita sendiri yang memilih untuk tidak berkongsi rasa itu, krn mungkin ia lebih menenangkan dan membahagiakan kita.

    ReplyDelete
  4. Byk yg terpendam.. bila ada kelapanga, bertahun kemudian baru diceritakan. Sebagai pengajaran untuk semua..namun yg pastinya byk yg pahit dan tak mampu dikongsi bersama. cukup saya sorg je tahu..

    ReplyDelete
  5. biarlah Allah je yang jadi tempat kita mengadu..

    jom singgah..
    tips dan panduan berkesan
    www.freevitamin.my

    ReplyDelete
  6. As salam.. Salam perkenalan.. :)

    Benar.. saya setuju! Kadang-kadang kita sendiri xtahu apa yang ada dalam hati kita. Apapun yang berlaku bersyukurlah. Pasti ada hikmah di sebaliknya.. :)

    qaseh-delima.blogspot.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.