Keluarga moden tradisional

Thursday, September 12, 2013 Nazlee Ismail 3 Comments

... ramai orang menyangka kebahagian sesebuah keluarga itu hanya melihat kepada luaran seseorang yang dirujuk yang mana terlihat sahaja..atau dipertontonkan untuk bersama-sama merasakan apa yang telah dan sedang berlaku dalam kehidupan seseorang itu..

Sebenarnya kebahagiaan rumah tangga juga tidak dilihat kepada setinggi mana ilmu seseorang dari sudut akademik mahupun ilmu agama, atau sebanyak mana masa dan wang diperuntukkan untuk keluarga.

Setiap keluarga ada cara sendiri untuk merencana bahagia mereka. Perencanaan yang lebih kepada konsep keluarga moden iaitu pada asasnya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak dan jarang melibatkan keluarga besar kedua-dua belah pihak.


Perencanaan yang masih mengekalkan konsep tradisional, yang mana ahli keluarga biasanya lebih besar kerana termasuk saudara mara sebelah suami dan isteri yang tinggal bersama atau berdekatan. Jika berdasarkan keluarga tradisional, keluarga akan dipimpin oleh datuk yang berpengalaman berbanding keluarga asas dipimpin bapa masih muda serta kurang pengalaman.

Zaman kita, semuanya kalau boleh mahu berdikari atas alasan tidak mahu bergantung harap dengan orang tua.. dan kalau boleh semua nak selesai sendiri jika ada sebarang masalah..

tetapi kehidupan terlampau mengikut arus semasa sehingga hilang pedoman., tidak salah mengikut arus kemodenan jika kena gayanya,  ia tidak bermaksud perlu mengubah semua perkara sehingga mengenepikan hukum syarak.

wujudkan keluarga moden tapi masih mengamalkan prinsip keluarga tradisional iaitu saling menasihati dan mengambil berat sesama keluarga serta jiran terdekat.

#Keluarga akan bahagian apabila semua ahlinya memenuhi tanggungjawab masing-masing , saling menghormati selain bekerjasama menguruskan keluarga dan masyarakat sekeliling berdasarkan syariat Islam tanpa mengenepikan keperluan mengikuti perkembangan semasa.

#keluarga anda bagaimana ? ..dan bagaimana yang diinginkan ?





3 comments:

  1. betul tu PCL...
    yang cara kita nak membimbing keluarga tu...

    ReplyDelete
  2. konsep kekeluargaan dan kerjasama dari semua pihak tu yang penting kan PCL?

    ReplyDelete
  3. semestinya semua orang inginkan keluarga yang bahagia.. selalunya ketua keluarga (ibu dan ayah) berperanan penting mendidik semua anak-anak untuk bertanggungjawab dan berdisiplin..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.