Lauk kesukaan pcl..(pantun)

Wednesday, September 11, 2013 Nazlee Ismail 4 Comments

assalamualaikum .

...bila ada blogger berpantun , teringin gak selitkan dalam entri...sekali sekala, cantik bahasanya itulah dia kak ummi kami..,  apa salahnya mencuba...lagi pun saya bukannya teraa ! suka suka..

sudah sakit bahuku mendodoi,
si anak jagaan  tak mahu tidur,
disuruh suami janganlah beradoi,
mencari alasan tak mahu kedapur..



makan nasi masak sambal,
ikan aya sedap rasanya,
ikan kayu dan tongkol jua dikenal,
kesukaan kami seisi keluarga.

diracik-racik buah kurma,
diberi makan si hanis umairah,
si anak periksa..  si bapa bekerja,
menunggu pulang makan bersama.

makan bertambah tiga beranak,
lepas makan tolong berkemas
sikecik semuanya tidur nyenyak,
inilah masa untuk bermalas-malas.

tidoq sat...Qailullah or napping  lepas tengahari , bagus...amalan para sahabat yg dibenarkan Rasulullah saw. Jangan lepaskan peluang ni..bye !

~ Diana

Published with Blogger-droid v2.0.10





4 comments:

  1. PCL nanti jangan lupa berikan link entri terbaik... farah nak review...

    ReplyDelete
  2. enak bangat kita pun suka...

    ReplyDelete
  3. tidur sat jer . jgn terlebih lak . nanti byk keje yg tertangguh ...

    ReplyDelete
  4. err.. nak pantun jugaklah..

    anak itik jatuh melantun..
    pandai PCL berpantun..

    haaaaaa.. ok tak.. ok tak..?? he3

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.