Masuk asrama? haruskah dari awal tingkatan satu..

Tuesday, September 17, 2013 PCL 5 Comments


.. kami baru balik dari hantar kakak nina masuk asrama dia dari petang tadi (semalam)..., kesian hanis sorang lagi. kalau sebelum ni sorang2 bagus gak..boleh konsentrasi belajar..ulangkaji. ada kakanya yang suka menyakat...dua orang pun dah bising sangat bila sesekali jumpa.

dalam kereta tadi sempat bincang dengan pcl, ...perlukah hanis masuk asrama jugak tahun depan? ?

kalau tanya pada hanis memanglah dia jawab takmau. ..tak suka asrama, tak suka dikongkong dengan peraturan katanya...hhu mana lah dia tau, agaknya ni semua dari kakak dialah tu..

kalau ikutkan pcl punya pendapat secara peribadi,  dia lebih suka anak2 dia berdikari..., biar matang lebih awal dengan rutin kehidupan sebagai pelajar yang penuh dengan disiplin.....mungkin pcl nak ikut cara bapak dia dulu agaknya, masukkan dia ke asrama sejak form 1 lagi...

kalau saya plak. ..mulanya agak berat nak lepaskan, kalau boleh biarlah lepas form 3 baru masuk asrama...tapi menengokkan keadaan si hanis tu, dia suka leka dengan tv, game dan tak berapa kisah sangat nak belajar kecuali dekat2 nak exam baru pulun...

jadinya keputusan masih kabur tapi berat kepada nak masukkan hanis ke asrama, tak kisahla...asrama penuh atau kosong....eh ada ke?  hihi..

nak tanya nih? pengalaman memasing ...harus masuk asrama start form 1 atau tak perlu...sekolah biasa je?

tq.

~diana

Published with Blogger-droid v2.0.10



5 comments:

  1. ada pro dan kontranya...

    paling penting dia dapat belajar berdikari...

    kalo seawal form 1 kebiasaannya kbykan diorg ni still fresh..so bercampur gaul dgn kawan yg mngkin belum terdedah dgn masalah sosial..

    tp kalo after PMR, masuk form 4, masa ni kbykn remaja baru nk up... adakalanya dtg dri pelbagai latar blkng...ada yg msk asrama mungkin sbb mak bpk dh xleh nk kawal rasa mngkin itu adalah salah satu caranya...

    ini berdasarkan pengalaman saya juga la.. better lg baik start form 1... sy masuk asrama start form 4, mmg xblh stdy sbb masa tu jumpa dgn kawan2 yg jenis xstdy sgt, mslh sosial mcm2..

    kita tpksa struggle dgn diri sndiri plak utk pastikan kita study dan xterikut dgn kawan2... so sgt mncbr..

    ReplyDelete
  2. @GKSB ...suatu pengalaman asrama yg sgt berguna, untung pcl masuk asrama dulu berkawan dgn yg baik2 (time belajar kita belajar betul2..time main kita main betul2....huh teror habis masa tu..)tak dinafikan ada jg rakan yg nak enjoy tak kira masa..pon layan jgk tp tak sampai terbabas..tu lah hidup di asrama yg mencabar. lebih mematangkan sikap seseorang dan juga boleh merubah sikap seseorang.

    ReplyDelete
  3. Klu wktu sy bljr dulj..ckgu asrama lbih suka dgn bdk2 yg x dok asrama...sbb walaupn di asrama tapi diorg ttp terdedah dgn pngaruh kawan2... Pokokny dia kna Bijak pilih kwn..

    ReplyDelete
  4. elok masuk asrama.. dapat hanis berdikari.. tapi semua ini tak boleh dipaksa, terpulang kepada hanis juga la..

    ReplyDelete
  5. salam..
    mana2 boleh ikut kemampuan masing2 yg penting merka ada minat nak belajar..bukan kerna ikut kawan atau terpaksa..
    jemputlah ke blog http://www.cahayacinta.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.