Tak silap ...aku kahwin awal .

Sunday, September 15, 2013 Nazlee Ismail 9 Comments



...sejujurnya bila meihat mereka membesar depan mata... dah boleh diajak berbincang dalam hal-hal berkenaan, diri kami merasa sangat bersyukur. Bersyukur dengan pemberian nikmat Allah ..nikmat pelengkap bahagia dalam sesebuah keluarga.

#Sentiasa berdoa dan tak pernah lupa memohon kepadaNya

Syukur alhamdulillah... untung berkahwin awal, maksud aku kawin dalam usia muda... mungkin rezeki kami, masa tu aku 25, mamaD 4 tahun lebih muda...tidak lama menunggu terus dikurniakan anak pertama.

Bapa muda masa tu, namun segalanya berubah...kehidupan remaja dengan kawan-kawan diketepikan kerana tanggungjawab semakin besar. bukan masanya untuk bersukaria.

#Belajar mematangkan diri
~bergaul dengan masyarakat yang lebih berumur dari kita  dan dalam masa sama hati kawan-kawan tetap dijaga...penting tu, biar pendirian kita dihormati  bukan dikeji di mata rakan sebaya.

dan sekarang ni ....bila lihat kawan-kawan seusia yang masih mengendong bayi, masih berpenat jaga malam...masih goncang susu botol anak.. ada yang baru sibuk nak mengurus sekolah anak...mengurus rutin penjagaan anak dan sebagainya...memang mengigatkan aku  dolo..dolo ..dolo punya kenangan sebagai bapa muda..

...dalam hati aku berkata " tak silap aku kawin awal..."





Hanis bersama (adlina, sepupu dari Kedah) dan akak nina...suka bila dah ramai-ramai ...bila mereka gembira , aku merasa bahagia..syukur padaNya.

p/s .. kalau dah jodoh , jangan tunggu lama-lama Rugi Masa tau! , aku kawin dulu belanja murah je...hehe saja perangat kawan-kawan...bukannya apa, cuma nak  bagi semangat  ! hemmm..





9 comments:

  1. dah ada anak dara PCL.... ;)

    kawen muda dulu dengan skrg berbeza.. kawen muda zaman skrg mungkin lebih mencabar dari zmn dulu dengan kos hdp yg makin meningkat

    ReplyDelete
  2. takdirnya kamu , jodoh awal . hantaran masa tu mmg murah . lega kan ...

    ReplyDelete
  3. dah besar anak-anak PCL.. untung kahwin muda..

    ReplyDelete
  4. Sy kawin umur 26... ada anak umur 28... karigori bapak muda jugak ke tak... hehheehe..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...
    semoga urusan PCL sekeluarga dipermudahkan Allah ...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Rezeki PCL dapat khwin dan anak awl... Setiap org rezekinya lain2... Moga terus bhgia..

    ReplyDelete
  7. wahh dah anak dara dah anaknya...
    makanya berapakah umur parent anak dara ni sekarang ye..

    ReplyDelete
  8. Tak da calon lagikkk, how? Hihihi..

    ReplyDelete
  9. kawin di usia muda memang bagus adanya, namun jodoh setiap orang itu tak sama...semua itu ALLAH yang mengatur...manusia hanya berikhtiar dan berdoa saja....apapun itu,,,kawin dalam usia muda atau usia tua..semua itu wajib disyukuri sebagai salah satu nikmat ALLAH yang luarbiasa....salam :-)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.