Tiada istilah terlewat dalam berjaya..

Thursday, September 05, 2013 Nazlee Ismail 9 Comments

Aduuhaii.....mau bicara pasal umur pulak..ada yang sensitif barangkali ..hurmm

Baru tadi sempat bersembang dengan rakan sepejabat...katanya nak masuk U lagi, nak buat bla..bla.. tapi risau otak tak boleh terima, lembab ..lambat pick-up huuu macam-macamlah , semuanya disebabkan faktor umur katanya.., tak cuba mana nak tau boleh ke tidak...ye dak ?

Faktor umur dalam mencapai  kejayaan adalah tidak penting. Semua orang mampu berjaya.
Tiada istilah terlewat dalam berjaya. Selagi mana kita ada keinginan untuk berjaya maka kita mampu melakukannya.

Mengikut kajian, umur yang produktif adalah antara 20 tahun hingga 70 tahun. yes ..kebanyakan blogger kita dalam lingkungan umur nih,. tu pasal semuanya hebat berkarya...syabas !

Maka, jika kita masih dalam linkungan ini, teruskanlah usaha untuk berjaya. Sebaliknya, jika sudah terkeluar dalam lingkungan ini tetapi merasa yakin mampu untuk menggapai kejayaan, maka buktikan kajian tidak benar dan kita mampu melakukannya ~ hihi macam cakap pada diri sendiri jek nih....tak pa, semangat mesti ada dalam diri..

Tiada istilah terlewat dalam berjaya , Just do it!




9 comments:

  1. Btul tu... setuju dgn bro... dimana ada kemahuan disitu ada highway... umur hanya sbg alasan...

    ReplyDelete
  2. Umur bkn penghalang utk b'jaya..ilmu sentiasa kne cari.

    ReplyDelete
  3. salam PCL.ayah kak lea pun tahun lepas sambung belajar kat UM.kak lea ni tunggu anak2 habis upsr,ingat nak sambung degree.maklumlah habis diploma dulu,kerja kejap dah bertemu jodoh :)

    tak rugi belajar.bukan segulung ijazah/diploma tu je yang kita nak banggakan,tapi ilmu tu tak ternilai harganya.kak lea kagum tiap kali baca kat paper,datuk/nenek/makcik/pakcik yang dah berjaya tersenyum dengan skrol dan jubah ^-*

    ReplyDelete
  4. penat bunyinya pakcik kalau nak belajar lagi, dulu2 ada juga rasa nak sambung master, hubby pun support, tapi bila pikir2 balik, dah tak larat pulak hahaha....kalau tak mau tu memang seribu alasan...tapi respek pada kawan2 yang bekerja, beranak pinak semua, tapi gigih lagi sambung study kan...

    ReplyDelete
  5. dah ramai warga pencen sambung belajar dan mrk dpt selesaikan ikut jadual ...

    ReplyDelete
  6. Betul.. Mmg xde istilah lewat nk bejaya jnji berlhndk utk bejaya..

    ReplyDelete
  7. When you say you can, then you can =)

    ReplyDelete
  8. true ^^ fae pun coming 22 and gonna finish my HND soon. ramai suggest fae sambung ambil degree. tapi am tired jadi student dah haha.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.