Aku suka pakai.. dan menghargai pemberiannya tak lebih dari itu.

Monday, October 14, 2013 PCL 11 Comments




"salam semua, best ar ampa semua balik kampung memasing kan...cuti, akuu jugak kat sini. hemm" ..

..sunyi sepi dalam pejabat aku ni memang dah biasa.. kalau semua staf datang kerja pon keadaanya tetap  sama...komited dengan tugas memasing.

nak tau tak .. gambar atas tu saja je nak tunjuk gelang magnet , itu hadiah dari mamaD sempena  anniversary  kami pada 01112013 nanti, insyaAllah. nampak lebih kurang macam tali jam tangan yang pernah aku pakai sebelum ni,  tapi belakangnya tertanam magnet..

... terdetik dalam hati bertanya , apakah ada khasiat istimewa dari magnet dan material titanum/silver/stainless steel untuk pemakainya?

..nak tahu jugak kalau kalau ada pembaca yang pernah pakainya., sila komen (secara umum ok, bukan khusus kepada sesuatu jenama) ..sementara tu aku google .

#kesan pychological  ~ biasalah macam-macam kan.. tapi aku percaya ,tidak ada jalan mudah dan ringkas untuk mengawal tahap kesihatan diri melainkan kita meningkatkan kecerdasan dan kawal pemakanan ~ set dalam mindaku awal-awal (gelang ini bukan tangkal) takut terbabas nanti syirik pula jadinya n'auzubillah.

# aku suka pakai.. tak lebih dari itu. thank you mamaDiana.

Published with Blogger-droid v2.0.10


11 comments:

  1. opis sy pun sunyi sepi je ni...ramai yg cuti

    ermm..no komen pasal gelang magnet tu
    :)

    ReplyDelete
  2. SWEETNYA PCL...dulu pernah jugak pakai..tapi tak minat sangat...hehehe...tp 1st time pakai mmg pening skit la...sbb mybe magnet tu nak serasikan dengan badan kita nie

    ReplyDelete
  3. Khasiatnya kita tolak tepi, yang paling penting itu adalah hadiah dari insan yg paling istimewa dalam hidup kita. Kan itu membawa lebih banyak bahagia? kan? kan?

    ReplyDelete
  4. dulu suka pakai.. sekarang tak lagi.. gara-gara takut badan baby terluka kena gelang tu.. dan bila dah biasa tak pakai, akhirnya tak pakai langsung.

    ReplyDelete
  5. kita pun keja juga pcl hehe..esok baru cuti.;)

    ReplyDelete
  6. Tak tau pulak gelang magnet ada effect tertentu kat badan.. Begitu rupanya. Hee.. Semoga bahagia hingga akhir hayat, uncle & mamaD ^^,

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Dulu gelang magnet ini pernah top kejap pas tu senyap tapi masih ramai je yang dok pakai gelang ni khasiat tak pasti pulak.

    Anniversary tu sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran anak perempuan Aina yang lahir pada 011101...:)

    ReplyDelete
  9. aiza tak suka pakai gelang magnet.. tangan alergik jadi gatal.. ada orang cakap ianya bagus untuk peredaran darah, tak tahu betul ke tak..

    ReplyDelete
  10. jaga pemakanan dan selalu wat exercise jer senang . dah pasti sihatnya ...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.