Anak sebagai kawan baik juga..

Saturday, October 12, 2013 PCL 16 Comments





....alahai seleranya anak-anak makan nasi kandar...
@ Seri Kembangan malam tadi sebaik lepas jemput kakak nina dari asramanya~ depa cuti seminggu sempena raya haji.

Bila dua minggu sekali berjumpa ada banyak perkara ...semestinya topik menjurus hal sekolah/asrama/kawan dan lain-lain sementara singgah makan dan dalam kereta masa perjalanan balik rumah...banyak perkara yang kami sembangkan. Semua perkara kita kongsikan menjadikan perjalanan terasa singkat.

Nina citer dia dan beberapa kawan sekelas  didenda... sambil tunjuk gambar dia kena tulis beratus ayat.. lenguh tangan katanya.  Apa kesnya? ..hah kesian pulak kami dengar...

alasan nina, dia ikut kawan... taknak masuk kelas berpakat buat perkara sama..tulah akibatnya..hemmm mendapatlah. ..nak marah, perkara dah berlaku..cuma pesan kami supaya jangan diulangi lagi..jadikan iktibar kerana masa banyak terbazir untuk siapkan denda.

..bila tanya pada mamaD pernah kena denda macam tu tak? ..dan soalan tu balik pada saya juga..
jawapan kami.. pernahhh..! ! haha. dulu memang top denda-denda macam tu..

Anda ada pengalaman sama.?

p/s. ..hari ni Sabtu, semua bangun awal nak cari makan pagi.  Sarapan bihun sup wehh..kasi keluar peluh!
#Banting hujan lebat..

Published with Blogger-droid v2.0.10



16 comments:

  1. Ok la tu.. setakat tulis seratus ayat je.. boleh la baiki tulisan.. hehe.. kami dulu kalo ponteng ka.. confirm kena rotan semasa perhimpunan.. haha..

    ReplyDelete
  2. selalu ken rotan dgn mak..adik beradik kena sbb abg sllu bawa kami ke paya...huhu..seronok time tu

    ReplyDelete
  3. dah besar nina.. selamat berhujung minggu buat PCL dan mamaD sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  4. anak-anak kita, menyejukkan hati, menenangkan jiwa walau kita sedang bertarung sesukar mana ujian.

    ReplyDelete
  5. Okayy la tu kan, at least terbuka ngan parents ^^ Vee tak pernah kena hukum sampai gitu, Vee budak baik. Lols..

    ReplyDelete
  6. rugi ler kalu x pernah kna denda kat sekolah,
    stakat jalan itik tu dh tebal muka ni ha.
    hehe..
    Kuantan pun hujan,
    musim dh sampai.

    ReplyDelete
  7. mama belum pernah kena lagi lah, tak sempat nak kena masa kat asrama dulu... hihi

    ReplyDelete
  8. lau tk kena rotan mas akecik mmg tak sah la..hu3

    ReplyDelete
  9. wah bihun sup sedapnya, PJ pun hujan lebat ni PCL...

    ReplyDelete
  10. rasanya x pernah ... heh heh heh ...

    ReplyDelete
  11. hukuman tu kadang ada baiknya... supaya anak anak sedar dan belajar dari kesilapan.... teringat saat kita didenda dulu...hehee....

    ReplyDelete
  12. anak sekolah kat sri putri ker ... zmn sekrg kena dekati anak sebg kwn , jadi lbh mudah nak bersembang dan berkongsi cerita ...

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum....dah makan ke belum.. ^^

    Wah...bestnya makan sama-sama....bak cikit...

    Begitu juga dengan anak-anak kak Ummi especially yang bongsu, walaupun dah besar panjang 21 tahun tapi still manja lagiii...tidur pun celah ketiak kak Ummim, dah Kak Ummi panggil dia Adik, manjalah dia sungguh....time balik dari kampus..aduh...tak bercenggang dengan ummi dia...haha, begitu juga dengan abang-abang dia...manjanya boleh tahan, tapi En Abe tu pulak manja dalam diam...ngeee

    ReplyDelete
  14. bestnya anak2 dara dah..
    bile lepak mcm tu leh sembang mcm2 story

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.