Awat tak balik kampung ?

Monday, October 14, 2013 Nazlee Ismail 5 Comments



Okay, ramai yang tanya pasal ni ?

"Aku orang yang paling komited dengan kerja" ..ceayy..hihi.

Orang lain sibuk nak balik kampung...ada yang sedang dalam perjalanan dan ada juga dah pon bersantai  di kampung halaman memasing, .."amboih best nyarrr depa dok bau rendang mak/mak mertua tu emmmm...jeles aku"..

Raya Haji tahun ni dan buat pertama kalinya beraya di rantauan ... rasa sedih tak la sangat sebab kita ni lelaki, hati kerass !  alahh raya haji je pon, kampung aku kat Perak tu sambutannya biasa-biasa je..., kampung mertua kat Sp pon sama... (sambutan berbeza dengan negeri-negeri pantai timur, sedia maklumlah kan.. kawan aku Oghe Kelate . tak sesabar nak balik cepat , sana sambutan hebat dan meriah katanyer..cer Oghe Kelate / Ganu stori sikit)..ye ke meriah ?


okay, Awat pcl tak balik?

alasan , cuti ada baki sikit ..dah tak banyak simpanan, ..nak cuti sekolah ni macam-macam plan percutian, maklumlah sekarang ni aku mula beralih bidang ke arah pelancongan. hemm  harus lah keluarga didahulukan..kan !

alasan lagi satu nak merasakan suasana lain sikit beraya tahun ni di tempat orang , haha.. yeah betul baik punya  alasan  dan lain-lainnya  *terbaru , mamaD berjaya memujuk emak dia datang beraya sini, jadinya sini lebih meriah dengan kehadiran orang kedah., boleh tolong buat rendang tok !.

...sunyi sepi kejiranan, ramai yang dah balik.

# plan nak pi i-City, Shah Alam (selepas beraya)...jom,  Plan ni lebih kepada plan memujuk anak-anak.


Published with Blogger-droid v2.0.10



5 comments:

  1. Nak jugak beraya kat Perak! Huhuuu..

    ReplyDelete
  2. aiza tak balik kampung tahun ni.. syukur mak, adik dan kakak aiza memang dah ada di sini..
    p.s: selamat hari raya aidiladha kepada PCL dan mamaD sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  3. Aina pun tak balik Perlis beraya sebabnya awal bulan Nov nak balik lagi tapikan sejak anak2 sekolah memang tak pernah balik beraya kat kampung pun...:)

    ReplyDelete
  4. banyak kekangan yg mnybabkn xleh balik... mga de rezeki lain utk blik kg nnt...

    ReplyDelete
  5. Ehh kalu emak mertua yang turun beraya dengan anak cucu di bandar, tak balik kampung pun takpa. Tetap best! Gerenti mak mertua masak macam-macam nanti. Jeles saya!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.