Originaliti lelaki memasak dan hidang...

Sunday, October 06, 2013 Nazlee Ismail 6 Comments


Assalamualaikum....hari ni saya rehat lagi, ..ada yang sudi masak untuk makan tengahari ni..alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang...sayangnya bila siap terhidang lauk cuma semata tanpa ulaman. takpa2...saja je tu...

...minggu2 lepas saya buatkan  daging masak merah seperti yang diinginkan oleh pcl....huhu rupanya dalam  perlahan dia bersuara... "tak sama macam yang abang makan zaman  bujang makan kedai dulu".

...daging dia macam ni...warna dia macamtu....rasa dia macam ni..hemmm haha macam2 ,  tudia nampak dah!!

....hari ni dengan relanya pcl masak sendiri seperti yg diinginkan., dia beli daging salai...dan sibuk2 kat dapur, etah apa diprosesnya kat dapur ...sepah !   itu biasalah., ..tulah kisahnya..originaliti tukang masak lelaki separuh tauliah hihih..

dah siap semua masak. ..then masa serve  wahhh.! no wonder tapi rasa belum tau lagi..nampak menyelerakan. Lelaki , kebanyakan depa kalau masak mana nak risaukan  pasal kesihatan. kan. banyak macam mandi  minyak !

satu lagi originaliti  lelaki memasak selain dari dapur bersepah ialah.... pinggan tu,  masa nak hidang  berlemoih kata orang utara,...biaq pi kat dia, ...janji dia suka...saya pun senang hati.

mengharap rasanya sama apa yang dia makan berbelas tahun dulu di Seberang Jaya,  Penang kalau tak silap saya...masa tu dia practical training kat sana......dan kalau sebaliknya,  kena singgah kat sana nanti bila otw balik kampung .

Daging Masak Merah PCL. ..kalau nak rasa yang original kena pi area Seberang Jaya...carilah mana2 kedai makan mesti ada kot. ok, bye. hihi banyak songeh plak aku ni kritik lelaki (keseluruhannya) tentang masak !  "..sori bangg"

~diana.
Published with Blogger-droid v2.0.10



6 comments:

  1. nampak sedap juga tu mamaD.. pandai PCL masak..

    ReplyDelete
  2. ok le, pandai jugak tu, hubby saya masak air reti le, masak nasi boleh gak, kalau yg berat2 ni, mmm, blum penah nampak lagi sepanjang hampir seploh taun nih. Tp tak tau la kalau ada bakat terpendam pulak kan..

    ReplyDelete
  3. nampak menyelerakan . x nak kongsi rasa nanti takut cik abg merajuk yer ... heheheeee

    ReplyDelete
  4. hamboii....dah macam chef pulak nie..nie yang rasa lapar nie mamaD

    ReplyDelete
  5. Laki masak lg sedap dr pempuan huhu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.