Sekali lagi nak buat demo goreng char kuey teow .

Wednesday, October 23, 2013 Nazlee Ismail 9 Comments

...emm, special request dari rakan-rakan opis..... ada cadangan nak buat demo mengoreng lagi  'char kuey teow pcl' jadi pilihan.  Kat sini aku nak bagi resipi mudah supaya semua suri/sura rumah boleh buat sendiri...sebelum aku nak 'buka kedai' - konsep katering sendiri nanti (dalam perancangan insyaAllah) doa-doakanlah ye kawan-kawan. terima kasih.




Bahan-bahan ;

K.teow, kicap cair , udang , gula, minyak masak,taugeh, kucai , telur ayam dan air.
Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar)
Bawang putih + air (bahan dikisar)


Cara Memasak

# Panaskan minyak masak (2 sudu besar) ,tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,

# Masukkan udang (10++ ekor bersaiz sedehana besar, kicap cair (6 sudu besar), air (2 cawan) gula (secukup rasa) ,

# Masukkan k.teow (600g), taugeh dan kucai (agak2) ,

# Pecahkan telur ayam(3 biji) ---- kacau sama rata sehingga masak.

>> Anggaran masa memasak/ goreng ialah 3 minit (bergantung kepada saiz api dapur yang digunakan)

#selamat mencuba masak sendiri..






9 comments:

  1. akak suka sangat, nak lagi ada kerang..hee

    ReplyDelete
  2. husna pernah dgr resepi CKT ni ada rahsianya tersendiri..payah jugak la kalau 1st time buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba dulu..rasa kita.boleh adjust dgn bahan tambahan. 1st time.tu biasalah...

      Delete
  3. terima kasih berkongsi resipi.. boleh cuba buat sendiri nanti.. :D

    ReplyDelete
  4. Ok set saya nak join venture bukak meniaga char kuey teow lah..

    tapi kena kursus kat PCL dulu lah..

    ReplyDelete
  5. Sedap tu...apa lagi makan waktu petang2..kan sekarang musim hujan, asyek lapar jer...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.