Suka makan pedas ?..

Monday, October 21, 2013 Nazlee Ismail 7 Comments

"yeah..boleh geng dengan kami..."

...malam tadi kami anak beranak ke Seri Kembangan hantar Nina ke asrama sekolah dia, sebelum tu singgah makan bihun tomyam , koeyteow tomyam dan mamaD pesan somtam ..pedas punya !!, emmm....pedas teramat sampai meleleh ayaq mata,  ...somtam tu yang paling power..rasa masam manis  dan pedas..fuh teringat sampai pagi ni...tapi alhamdulillah pedasnya tak memudaratkan perut kami ..



Ulama' kata , hukum makan pedas tu makruh , ada juga sebahagianya kata tidak makruh...dan jika sampai memudaratkan boleh jatuh hukum haram  , ..saya beranggapan jika kita mampu mengunyah cili padi sambil makan nasi itu tak menjadi hal pada kesihatan tubuh badan kita...lakukan lah..


saya dan mamaD pernah buat ! ..cili padi 'kampung'  sebagai ulaman makan tengahari..


#boleh bertambah selera. ~ tambah nasi dari satu menjadi dua pinggan :) ~ pandai mamaD layan suami..haha ...takleh nak cili mulut sebab dah biasa ..haha.



#orang yang tahan makan pedas ni boleh tahan leteren isteri ~ *kalau lah isterinya tu kuat berleter  huhu.
#mamaD cool jer setiap hari. I like her !






7 comments:

  1. Suka pedas ni tapi jenis tak tahan sangat...

    ReplyDelete
  2. sy tengah2. sy suka makanan pedas. tp tak suka pedas sangat.

    ReplyDelete
  3. acik memang peminat makan pedas.. tak lengkap rasa kalau tak makan.. kunyah cili pun okey tapi jangan selalu la ye ..nanti lain pula jadinya

    ReplyDelete
  4. husna tak boleh pedas sgt sebab takut buasir.. lagi2 sambal yg ada biji2 cabai tu..tolak tepi kot..huhu..

    ReplyDelete
  5. sesekali boleh makan pedas tapi tak selalu ler....

    ReplyDelete
  6. saya kurang gemas mkanan pedas2 ni..pedas sikit2 ok la..

    ReplyDelete
  7. geng dengan aiza.. aiza suka makan pedas juga..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.