Bagai nak kidnap anak sendiri !!

Friday, November 29, 2013 PCL 4 Comments






Afni Zulaikha... tak nak ikut mama kandung dia (mama fara) balik rumah, ..mamaD jugak jadi pilihannya

"..dah macam kidnap anak  pulak bila nak ajak dia balik rumah sendiri" kata mama farah dengan nada keciwa..

Laikha memang macam tu bila ada akak nina, akak hanis. ...kekadang kesian tengok mama fara..terasa hati bila anak sendiri akrab dengan keluarga kami. ..ye lah, dia membesar di kebanyakan hari bekerja dengan mamaD.

aksi pujuk memujuk jugak la (setiap petang) ..dah puas sampai kering idea..tetap takleh nak paksa dia....ye lah kan, budak mana tau nak jaga perasaan orang lain waima ibunya sendiri..

Pada suatu hari tu dengan izin mama farah ,  Laikha kami bawa jalan-jalan ke Giant hipermarket.

budak kalau dia buat perangai selalunya dia mengantuk,  lapar atau tak selesa.. hehe pandai pulak aku cakap macam ni...haruslah kan. aku pon pengasuh budak yang excellent haha..
belum sampai destinasi,  dalam kereta dia tertido..letih sangat lah tu., dari bahu mamaD. ..betukar ke bahu aku bergilir..kesian nak kejutkan dia.

akak nina nak beli kasut sebab dia kehilangan kasut masa di asrama... haha,  aku ingat boys jer over nakal curi kasut bagai.... rupanya girls pon sama , huh dasyatlah!

... dah lenguh bahu dan pinggang.., aku terpaksa letakkan Laikha atas kerusi lembut yang terdapat dalam kedai kasut sambil mamaD menemankan nina memilih kasut.

biasanya situasi sebeginilah kalau suami menemani anak/isteri shopping..., suami akan jadi pemerhati dari jauh sambil memangku anak kecil atau duduk di suatu sudut. .. 'jadi jaga troli'  haha nasib lah kan !.. kalau lah isteri memilih online shopping  "Online Fashion di Zalora Malaysia" kan bagus..klik-klik jer tak perlu susah-susah macam ni..

# laikha semakin akrab buat hati ibu kandungnya 'terasa'...adakah kami sebagai penjaga yang harus dipersalahkan.. :00

peace yaw Ct Farah !

Jika anda berada pada situasi yang sama (menjemput anak tapi anak tak nak ikut balik..), bagaimanakan perasaan anda dan apakah tindakan anda ?


* makluman kepada pembaca yang baru nak mengenali Afni Zulaikha , ..dia adalah salah seorang dari anak di bawah asuhan mamaD .




Published with Blogger-droid v2.0.10





4 comments:

  1. Kesiannya...SA pernah hadapi dulu masa SA mula2 start keja kat KL...anak x rapat dgn SA then puas jugak la melayan dia bg rapat semula...Alhamdulillah makin dh besar skrg dh makin ok....mlh terlebih rapat dah....

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya kat mama dia :( Vee baca pun sebak je rasa.. Bayangkan, anak sendiri pilih org lain. Uhukk. Vee tak pernah ada pengalaman ada baby cmni, tp Vee dulu pun separated dr daddy for few years sbb daddy transfer pegi Limbang. Limbang dan Kch bukannya dekat, mau dekat sehari kalau drive.

    So I kinda get how she feels, though. Sometimes ank buat cmtu to rebel sbb nak kan perhatian sebenarnya. Bgtau mama Fara, slh satu cara utk eratkan hubungan lagi is by contacting her now and then. Walaupun dgn pengasuh, call dia masa lunch hour; tanya khabar dia, tanya dh mkn etc, biar dia tau wlaupun mamanya kerja, mama dia still ambil perhatian. Pendapat Vee je ni, sbb Vee pernah rasa. Thats how I bond my relationship dgn daddy dulu. Almost everyday ada fax surat dgn daddy sbb tu yang paling cepat compare to pos :'D

    Nak nangis lakk teringat main fax surat ngan daddy dulu. Huwaa T_T Indescribable feelings :")

    ReplyDelete
  3. kalau saya dah tentu sedih...
    alhamdulillah tidak terjadi pada saya masa ank2 masih kecik dulu2...

    tu tandanya mamaD pandai ambik hati dan sayang kat anak tuu..

    ReplyDelete
  4. mesti terasa sgt2 mama dya.. tapi nak buat mcm mna dya lebih selesa dgn keluarga PCL..moga ada inisiatif lain buat dya terus bersama mamanya..=)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.