Buat baik pon ada orang tak suka apatah lagi buat jahat!

Saturday, November 30, 2013 PCL 2 Comments

Salam...

..petang berulang malam menjelang,  itulah hukum alam. .ketentuan Maha Pencipta..sama-sama kita renungkannya..

Masa lalu yang sedih dijadikan sebagai pelajaran agar kesalahan yang sama tidak akan berulang.
Bohong pada diri sendiri adalah sifat kebohongan yang paling buruk.

..jangan ikut kata hati mereka yang selalu berkata-kata mengikut apa yang mereka suka.
Jadilah orang yang paling beruntung dengan mengembangkan rasa syukur yang hampir sama dalam situasi apa pon.

Jangan pernah marah jika kita tidak mampu merubah seseorang sesuai dengan keinginanan kita kerana kita sendiri tidak mampu menjadi seperti yang kita inginkan.

Jangan menunggu peluang kerana ia selalu hadir setiap saat di depan kita.

Manusia.. buat baik pon ada yang tak suka, buat jahat apatah lagi..mesti ramai yang tak suka...kan !
Jadi buatlah apa yang Tuhan suka walaupon manusia tak suka..


#tayang muka. ..jom jogging 15 minit pon jadi...





2 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.