Haha..kellaskan mak mertua aku!

Thursday, November 28, 2013 PCL 3 Comments


..mak mertua aku dah balik ke Sg Patani, tiap kali datang Banting mesti tak lupa nak ajak ke Pantai Morib..tujuan utamanya ialah memancing sambil hepi-hepi riadah dengan famili.

Hari ahad lepas dia agak terkilan sebab air surut jauh ketika kami seronok berkelah di sana.  Ikutkan kami anak menantu dan cucu ni lagi best meredah pantai mandi laut..dari memancing di sini, sebabnya memang dah tau tak ada ikan. ..tapi mak,  dia adalah pemancing tegar..pantang nampak air laut sungai dan seumpamanya..

tengok pada gayanya,  mak rasa macam hampa sikit bila tiap kali ke sini tak dapat memancing dalam keadaan air yang sempurna.. namun pada tu tetap seekor dua ikan gelama  menjadi miliknya..setakat gelama itu biasalah...tapi mak nak sangat menaikkan ikan sembilang.. *buat masak gulai memang best. .

"Tak boleh lawan mancing kat sana (SP) " ..katanya, Sambil tunjuk gambar bergaya ni dalam handsetnya....siap bluetooth lagi tau haha kelass kan mak mertua aku!  ..

#dalam gambar tu mak mertua aku baru je lepas menaikkan ikan sembilang seberat  lebih kurang1kg @ Jeti Titi Semeling, Sg. Petani Kedah.

tu pasal nak balik cepat jer..teringat ikan sembilang agaknyya.. :)) mak memang best !!




3 comments:

  1. Bila dh minat, susah nak lepaskan :D Kdg2 org hairan dgn minat kita, sbb kita je yg paham :D Vee tak tahan memancing, cpt bosan menunggu. Vee dulu ikut mendiang grandma memancing, last2 terjun je dlm sungai tu. Hahah..

    ReplyDelete
  2. Kelas kau jah..hehe dasyat gak siap blutoth sgla..hehe
    Kat sp mmg bnyk ikan..

    ReplyDelete
  3. hatudiaaa....

    PCL, kemain mak mentua minat mancing hihi..orang kata yg suka memancing ni penyabar orangnya..

    GKSB xsuka memancing sebab kurang sabar menunggu hahaha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.