Nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tak lah susah ..

Thursday, November 07, 2013 PCL 5 Comments


.... nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tak lah susah mana... haha , aku ulang ayat yang sama saja je kan, mengapi orang yang lambat dapat jodoh tuu...


masih berkira-kira...?

Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang...

Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pula bukan digambar pada ketampanan dan keayuan seseorang...Akan sampai satu masa yang cantik dan melentik dah suram, yang kacak segak dah masam.

Mulanya kasih sayang memainkan peranan penting. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah dipandangan mata kita sendiri... jangan sampai alpha akan kecantikan untuk tatapan orang luar sana..kalau dapat yang macam tu...susahlah maintenance tinggi.

Yang masam nak di maniskan, inilah cabaran... kalau bab masakan mungkin ada perencahnya  gula, madu dan sebagainya..

Budi bahasa juga salah satu daripadanya . Cantik tak semestinya luaran.

Bertambah umur bukan bermakna hilang seri...
Bertambah Iman adalah yang dicari.






5 comments:

  1. senyum sorang akak baca entry PCL ni...hehe... terima pasangan kita seadanya... kita pun bukanlah sempurna, tapi tak perasan aje hehee

    ReplyDelete
  2. tapi kalau belum temu jodoh disebabkan komitmen masing2 cane plak PCL?? :/

    ReplyDelete
  3. memang best gileeeeeeee.. rasa tepat sekali. takperlu ambil yg kaya dan hensem, pilihla yg syg dan hormat kt sbg wanita, bakal isteri dan ibu kpd anak2 mereka. Agama pun perlu dititil beratkan.

    ReplyDelete
  4. Carilah yg beragama psti akn bhgia..dan niatlah berkhwin krna Allah..

    ReplyDelete
  5. susah juga nak mencarinya kalau terlalu memilih..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.