Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak..

Friday, November 29, 2013 PCL 4 Comments


Salam petang semua... semoga ketenangan petang ini di isi dengan sesuatu yang bermanfaat...

Kita merenung bab masa.. , pemberian Allah , tidak sikit dan tidak banyak hanya cukup sempurna iaitu 24jam dalam sehari mengikut kitarannya kepada semua orang..

Masa itu kita ibaratkan macam duit; ia hanya memberi manfaat jika dibelanjakan dengan baik.
kalau simpan banyak-banyak pon tiada gunanya jika tidak dibelanjakan langsung.
Dibelanjakan banyak-banyak juga tiada gunanya, jika tidak dibelanjakan dengan baik.

Masa yang banyak ibarat duit yang banyak. Orang yang bagus dalam akautansi memang hebatlah bab ni..
Mereka yang bijak dengan duit ni selalunya dapat mengurusnya dengan baik; mereka tahu bila hendak dibelanjakan, di mana hendak dibelanjakan, dan berapa banyak hendak dibelanjakan.

Ibarat duit lah katakan, kadang kala apabila masa ada banyak sangat, kita jadi bingung malah ada yang jadi (maaf cakap)  'bengong'...sampaikan kita tidak tahu hendak buat apa dengan masa yang banyak itu.

Ramai yang “boring” kerana mempunyai masa lapang yang banyak, tetapi tidak mempunyai pengisian yang memberi makna.

Renungkanlah....

# 17:15 ..saya nak ke Seri Kembangan , ambil nina di asrama ..cepat-cepat mengejar masa..katanya boring duduk sorang-sorang...






4 comments:

  1. btul 2..kadang masa terluang mcm tu ja..mcm saya la 2..hehehe..ermm nak bagatau ne kat list sporting tu,boleh tak tukar nama blog saya Sekadar coretan tukar ke "Hunyeda"..sebab dah tukar nama blog..thnks pcl..:)

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kita naaakk sgt2 cuti, kononnya blh relax. Tp masa cuti nanti boring gakkk, nak kerja balik. Haha. Vee ada 3 minggu cuti lps ni sbb tadika cuti, so kena plan awal2 apa nak buat biar tak boringsss. Haha :P

    ReplyDelete
  3. Tido je la ni pcl..klu dah boring sgt..kan kan..hehe..
    Pcl x bg alamat lg..huhu..nnti msg sya kat no tepon kat blah kanan atas blog sya ya :) tima kasih

    ReplyDelete
  4. ada yang cakap masa 24jam sehari tu tak cukup untuk urusan seharian.. yang penting bahagikan masa dengan sebaiknya untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan masyarakat..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.