Survey : Nak Buat Rombongan Ke Hat Yai dengan Keretapi KTMB

Friday, November 15, 2013 PCL 16 Comments

Salam semua..

Saya bercadang nak buat Rombongan Ke Hat Yai dengan Keretapi KTMB
Dari Stesen KL Senrtal ke Padang Besar dan Terus ke Hat Yai.

Ground Package untuk 3H2M disediakan adalah termasuk ;
1. Hotel kongsi 2 orang
2. Sarapan Pagi
3. Kenderaan dari stesen ke hotel. Dari Hotel ke tempat shopping
    dan melawat tempat2 menarik.

- Anggaran pakej  sekitar RM200 ~ RM225 /head dewasa
- kalau kanak kanak RM60 ~ RM80 kongsi bilik dengan ibubapa tanpa sarapan.
   maksimum kanak kanak dalam family 3 ~ 4 orang.
   Kanak kanak dibawah 12 tahun.

Peserta yg nak join kena beli tiket perjalanan KTMB, Hanya Ground pakage sahaja disediakan.

*Kalau dari KL pukul 21.30 mlm , sampai Hat Yai 10.30 pagi waktu Thailand atau 11.30 waktu Malaysia. Ekspess Langkawi. Harga dari KL RM40/dewasa kelas ke 2 , RM80/kelas pertama ; tempat tidor


Ini sekadar cadangan saja, buat tinjauan kot-kot lah ada yang berkenan nak  gathering ke .. :))


p/s .. nak buat kertas kerja nih haha... kalau jadik kita meeting untuk tentukan masa dan sebagainya..

amacam ??

sambil tu anda bole layan blog blogger Mohd Zaid..aku cilok terus ke sini..harap  bro kita sporting !

http://www.mohdzaid.com/2012/02/16/bercuti-ke-hatyai-thailand-menaiki-keretapi.html

http://www.mohdzaid.com/2012/02/19/makanan-terapung-di-klonghae-hatyai-floating-market.html



psst lagi ; saya tinggalkan anda di sini , dan boleh chit chat dalam ruangan komen...email saya pon ok kalau nak bertaya terus kot segan/malu di ruangan komen  boleh ke alamat ni ; nazli.angkasa@gmail.com atau pm fbpage P.C.L



MEMBELI BELAH DI HAT YAI MEMANG MURAH  > Karlisa (satunsiam.blogspot.com)











16 comments:

  1. tgk tarikhnya dulu ...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je..utk para bloger ke ni...?hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Wirda ; utamakan blogger dan blh bawa rakan luar.

      Delete
  3. best..dh pernah g naik train bulan 5 aritu mmg bajet gila..hotel sna murah sja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hazwan..aku dah baca entri tu..so kira dah ada pengalamn. Blh rekemen kwn blogger.

      Delete
  4. Alamak, adventure tu! Aku suka. Dua tahun lepas traver KL-butterworth dengan train. Seronok. Aku nak undi, SETUJU. Cuma kurang berminat nak shopping je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @smbotak. .Takyah shopping kita jln2 dan makan2 je... Ok setuju eh.

      Delete
  5. menarik tu PCL.. nak kena ada passport la juga ya.. aiza tak pernah buat passport lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miz Aiza ; ..dah tentu kena ada pasport kecuali kelahiran negeri yg bersempadan blh guna boader pass. aiza Perak kan?

      Delete
  6. Hat yai belum pernah pergi lagi. Urmmm

    ReplyDelete
  7. menarik ni. kalau free boleh la join ni :) ingin jugak g hatyai :D

    ReplyDelete
  8. @PakcikLie PCL; aiza asal perak.. boleh guna boarder pass la ya? tapi tarikh tu rasanya aiza tak free, ada aktiviti dengan family..

    ReplyDelete
  9. Salam, Ada syarat tambahan oleh sponsor Giveaway Tengkubutang, sila klik link dibawah ini untuk laksanakan.. sila check samada anda telah memenuhi syarat2 penyertaan Giveaway 1 Year Blog Tengkubutang, Bagi yang telah laksanakan tanggungjawab u olls, sila abaikan mesej ini.. =) .. rQ

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/syarat-tambahan-bagi-peserta-giveaway-1.html

    ReplyDelete
  10. salam
    Rakan Blogger Boleh bagi tarikh yang sesuai...

    ReplyDelete
  11. tahu x company saya pon nk wat trip g hat yai , tapi... naik bas! Sedih!! haha mmg x pegi la kan.

    brapa bajet total cost pcl utk trip ni?

    ReplyDelete
  12. @Nur A.Z ; salam , selepas sy menyemak di beberapa agensi perlanconga , pakej yg kami tawarkan berbaloi dgn harga minima.


    Bajet total cost utk trip ni adalah :-

    (rm225/head) + KTM class 1 tiket pergi balik (rm160/head). total=rm385/head

    *2nd class KTM (rm80) , total= rm305/head

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.