Tentang Komen Di Blog..

Wednesday, November 13, 2013 PCL 17 Comments


salam ..

kalau saya berkesempatan singgah blog anda pasti saya akan tinggalkan komen di setiap entri yang dibaca , jika kena dengan pemahaman saya tentang isikandungan yang dikongsikan..dengan ikhlas saya memberikan komen.. paling tidak pon seringkasnya "saya singgah baca di sini" , tak kisah apa anggapan pengomen lain..

mungkin tindakan ini lebih baik dari tidak meninggalkan jejak langsung, jika anda 'silent readers' yang tak punya blog untuk diperkenalkan ..tak kisah la pasal tu.

bagi saya , artikel dalam penulisan entri yang lengkap mungkin juga menimbulkan kesukaran,  kadangnya tak tau nak komen apa ..kan? kita boleh menilai sesebuah entri/artikel , adakah ia dalam bentuk perbincangan atau mahukan pendapat.. dan juga penceritaan/perkongsian peribadi..(pandai-pandailah jadi mesra blogger) ..kalau saya senang je, singgah pasti komen!

lainlah kalau anda blogger popular...tak komen pon takpe. orang lain pasti singgah dan berpusu nak komen terpantas.

sebenarnya ramai blogger , menantikan komen dari pembacanya... dan saya rasa anda juga sama.
jadi, saranan saya...komen lah di kotak komen yang tersedia (kotak widget lain seperti shoutbox ..tidak memberi impak kepada entri yang dikongsikan..bagi saya lah, tu pasal kotak tersebut tak disediakan di blog ini) percayalah..komen-komen anda sangat berharga dan ia boleh mewujudkan perasaan semagat blogging kepada blogger secara umumnya..

situasi pembaca yang kebiasaannya datang , singgah dan pergi... (macam rugi jer kan...) page view anda sudah menyumbang tetapi jejak tidak ditinggalkan...camana tu ? *mengharap kunjungan balas tetapi tak tunjuk jalan ke blog anda...

Jangan diremehkan setiap komen blogger, ..jika komen yang diterima berupa pertanyaan..kalau boleh jawab lah.. sebenarnya saya lebih suka komen di kotak google+ kerana ia boleh berinteraksi lebih dekat dan mesra berbanding yang lain contohnya kotak komen blogger.com , tak semua orang datang balik semak apa yang ditanya dalam komen sebelum itu..(melainkan dia tick 'notify me').

adakah anda menginginkan komen yang panjang seperti ini !


..dulu , saya pernah terima komen macam tu panjang...memang boleh juling biji mata membacanya ., tapi panjang ke pendek komen anda..itulah pernghargaan anda sebenarnya.

#oleh sebab itu juga saya menyediakan lebih dari satu kotak komen...saya sangat-sangat menghargai kehadiran anda dan terus berukhuwah sesama blogger. insyaAllah.









17 comments:

  1. setuju sgt, mmg kdg2 ada entry yg berunsur peribadi sgt dan umum sgt.. so mmg susah nak komen apa..kalau santai, ada pertanyaan, ada homour,ada harapan, dan ada keceriaan dlm entry tu mudah utk kita mengomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elih Japahar ; sy lbh suka yg santai2 sbb sy suka bersantai haha..

      Delete
  2. Sejujurnya ida tidak faham apa yg dia komen. Komen dia panjang berjela tp tiada isi ;).

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ida syuhada ; ..dia pon copy paste dari fb je tu.

      Delete
  3. Tak kira panjang ke pendek asal ikhlas nak komen...hehee

    ReplyDelete
  4. Yup betul kak ozie..asalkan ikhlas.:-)

    ReplyDelete
  5. laa...panjang nya komen...blh buat esei tu...

    ReplyDelete
  6. hehehe.. betul tu PCL.. sebijik komen dari pembaca pun bernilai .. tu sebab kena gak singgahbalas.. =)

    ReplyDelete
  7. betul tu PCL. aefa hargai setiap komen yang aefa dapat. aefa pon suka drop komen kat blog lain. tapi tgk entry jugak la. kalau entry yang terlalu personal mmg susah la nak komen.

    ReplyDelete
  8. arghh.. panjang betul komennya.. huhu

    ReplyDelete
  9. komen betul komen tu.. aiza cuba memahami, tapi tak faham juga.. hehe..

    ReplyDelete
  10. saya x blh komen guna G+ sbb G+ saya ada prblm ...

    ReplyDelete
  11. sayaaaa tak tahu nak komen kat mana ni .... hihihihi...

    salammm PCL & mamaD!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Ini namanya komen main2 ni,hahaha

    Ada beberapa kali saya nampak komen mcm ni, dekat fb..pengulangan perkataan.. ini lebih utk tujuan humor kan PCL.

    Menghargai dan membalas dua perkara berbeza. Saya seperti PCL juga..jika berkesempatan singgah, saya cuba kongsikan komen mengikut topik/cerita dientry.

    Tapi kdg2, blur juga..huhu..bila blur, saya biasanya tak tingglkn jejak komen atau shout. Saya bookmark blognya, dan dtg selang bbrpa hari lagi, menanti entry yg seterusnya.

    ReplyDelete
  13. terima kasih mengingatkan saya...saya akan cuba tinggalkan komen walaupun pendek supaya menjadi perangsang sahabat-sahabat berblogging...^_^

    ReplyDelete
  14. sokong tu bro..kadang2 bila ada rakan blogger yg singgah memberi komen ia memberi semanat kepada kita unutk terus menulis

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.