Apa kisah lucu itu ?

Thursday, December 05, 2013 PCL 3 Comments

Pernah dengar atau baca cerita Pak pandir Orang Kaya Baru?

...ok aku citer gaklah macam ni,  asal mulakan kehidupan Pak Pandir ni tak ada kenderaan nak jalan-jalan..tak lama ada basikal dapat pula beli motorsikal...berjimat punya pasal sampai lah hajatnya jadi senang sikit kehidupannya.

..bawak motor dari rumah sampai ke mana-mana dengan gear satu. Bila orang tanya kenapa? .. Pak Pandir jawab "kena jimat,  guna satu satu dah habis nanti baru guna gear dua pulak.."

Dah boleh naik motor Pak Pandir memang patuh pada lampu isyarat..dia berhenti dan tak jalan-jalan.  Bila di tanya kenapa lampu dah hijau motor tak jalan jugak..

Jawab Pak Pandir "aku tak berkenan warna tu... "

Setelah bertahun berjimat cermat maka Pak Pandir jadilah orang kaya.  OKB lah titlenya..
Pak Pandir membeli sebuah kereta mewah.. Tapi akalnya tak semewah keretanya.

Ada ke patut dia berhenti lampu merah,  buka pintu dah letak kaki keluar sebelah.. Hahaaa takpayah gelak sakan kat Pak Pandir tu okay.., dia tu memang sinonim dengan cerita 'kecerdikannya' . Orang yang waras akal macam kita ni tak mungkin buat macam tu..kan.

#dari kisah Pak Pandir yang 'cerdik' tu.. Aku teringat kisah aku lah... masa tu baru beli motor kapcai supaya senang ulang alik ke pejabat atau pi kedai dekat sini..ni kisah benar..

Sebelum tu bertahun-tahun atas jalan raya cuma berkereta.., bila dapat motor. ..tungangan ku jadi kekok. ..giler..lama sangat tak bawak motor atas jalan raya besar kat KL nih.

Ada kisah lucu buat aku senyum sorang-sorang mengigatkannya..
Yang ni memang tak boleh lupa..

Agak-agak korang apakah kisahnya...cuba teka.
Aku punya kisah simpan dulu next entri.. taknak citer lagi cuma nak baca kisah-kisah korang dulu..boleh sharing ea?

Mungkin cerita/pengalaman lucu korang ni  juga sama lebih kurang macam aku...ingat semula.. Ingat..ingat..ingatttt..

#the point is. ..bila berada di lampu isyarat.
Kalau tekaan sama semacam kisah aku. ..aku bagi hadiah sagu..  ..hihi saguhati nanti : ) peace.

#sempoi punya hadiah  Key Chain !





3 comments:

  1. wah menarik sekali sist postingan nya. terimakasih atas share nya ya :)

    ReplyDelete
  2. Mesti PCL tertidur masa tunggu lampu hijau menyala sampai org bunyikan hon...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah turun dari kereta kejutkan pemandu di depan sy yg tertidur.....

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.