Bab Rumah tangga ; Tegas suami ada batasnya..

Saturday, December 07, 2013 Nazlee Ismail 13 Comments

Setiap suami boleh berlaku tegas tetapi ketegasan itu biarlah kena pada tempatnya , jangan sampai menyakiti hati isteri kerana manusia tidak selalunya sempurna.

Kalu kita perhalusi...dalam perangai yang silap itu, mungkin ada kebaikan perangainya yang lain. Kadang kita tengok isteri ni rajin mendidik anan-anak dan mengatur rumahtangga. Pandang dari sudut yang luas skopnya..

Memberi nasihat itu adalah tanggungjawab suami, tidak menasihati atau memperduli isteri adalah contoh suami yang tidak baik (dayus).., dalam memberi nasihat pon kena ada cara..jaga kata-kata yang mungkin boleh menimbulkan  kemarahan isteri , patah hati...kerana wanita berperasaan halus.., bila patah hati dia akan merajuk.

ubat patah hati..cadangan jer..sysss !!

#setiap perangai isteri yang salah dan bertentangan dengan agama hendaklah diatasi dengan nasihat , nasihat dan nasihat.

#setiap suami kena bijak mengawal nafsu amarah , perkara kecil jangan diperbesarkan sehingga membawa pertelingkahan keluarga. Jangan sampai isteri hilang kepercayaan terhadap kewibawaan suaminya sebagai seorang lelaki yang boleh dijadikan tempat berlindung.

Kerukunan rumahtangga itu terletak di tangan suami sebagai ketua keluarga.









13 comments:

  1. menerima kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain seadanya, itu lebih baik kan....
    manusia, semuanya boleh melakukan kesilapan, kita sebagai orang yang sayangkan pasangan kita, tegur laa secara berhikmah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara yg terbaik bagi kita umat Islam ialah mengikut sunnah Rasulullah saw bagai.mana Baginda memimpin keluarga.

      Delete
  2. Mmg betui tu pcl..sya tgk byk je cnth dpn mata sya..suami la kna main pranan sbb kdg2 perempaun ni emosi sikit..hehe :)

    ReplyDelete
  3. SA setuju..persefahaman dan kepercayaan itu sgt2 penting...SA x leh komen banyak sebab dh 8 tahun single..hehehehe

    ReplyDelete
  4. pendek kata, lelaki perlu menunjukkan ciri teladan yg baik since diri mereka sdiri adalah dirujuk sbg pemimpin. tak gitu PCL?

    ReplyDelete
  5. PCL. . .kalaulah semua lelaki mempunyai pandangan yg sama dgn PCL. . amanlah rumahtangga dn bahagialah semua wanita. . .

    ReplyDelete
  6. Setiap hari suami dan isteri kena dan wajib belajar memahami antra satu sama lain sbb kita diciptakn mmg berbeza...tpi perbezaan itu buatkn kita sling melengkapi...

    ReplyDelete
  7. artikel bermanfaat nih.. pelajaran buat ane klw sudah married nanti
    :D

    ReplyDelete
  8. Suami isteri ada tanggung jawab masing2 dan sering lengkap melengkapi. Soal ketegasan ini, kedua2nya perlu tegas dlm bab2 berkaitan agama, soal2 lain ketegasan perlu ada sempadannya. Kadang2 ada yg tegas utk org lain, tapi dgn diri sendiri dia tak pernah tegas...

    ReplyDelete
  9. Thanks sharing nya ya. Sangat menarik dan bermanfaat untuk saya artikelnya :)

    ReplyDelete
  10. Artikel yang sangat menarik. Bagi saya, kerukunan keluarga bukan melulu tanggung jawab suami, namun isteri juga berperan besar di dalamanya ... :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.