Bab Rumah tangga ; Pandai memikat hati..

Wednesday, December 11, 2013 Nazlee Ismail 5 Comments


kali ni saya terus sentuh mengenai seorang isteri ;

Seorang isteri yang bijaksana sentiasa memberi kegembiraan kepada suaminya , berada dalam kesabaran ketika menghadapi masalah keluarga adalah tunggak utama untuk melemahkan hati suami supaya dia betah di rumah.

Rumah itu adalah syurga bagi seorang lelaki apabila dia mendapat layanan yang baik dari isterinya, sebaliknya akan menimbulkan keadaan kurang selesa jika seorang isteri sering meninggi suara atau berleter tak tentu pasal.

Menghargai suami dengan memuji usaha baik yang dilakukannya, menjadi pendengar yang baik setiap masalah yang diluahkannya, biarlah isteri menjadi orang yang benar-benar memahami suaminya dalam segala hal.

Alam rumahtangga memang banyak cabaran, oleh itu pengorbanan yang ikhlas perlu ada dari seorang yang mahu melihat rumahtangganya berada dalam keadaan selamat , aman dan damai.

Melihat suami dalam kesempitan...bantulah sedaya mungkin, jangan selalu menyusahkan suami dengan hanya meminta itu dan ini tanpa memikirkan keperluan yang sepatutnya. Sebaliknya hiburkanlah suami dengan kata-kata perangsang dan lemah lembut macam masa mula-mula bercinta dulu. Dengan cara ini kasih sayang akan bertambah erat, ikatan sentiasa diberkati Allah SWT

Kemesraan yang tidak berbelah bagi dan isteri penyayang/solehah menjadi lambang keteguhan ikatan perkahwinan itu sendiri. Jadilah penghibur utama suami dan bukannya berhibur dengan benda-benda lain apabila bersama suami ketika di rumah., faham maksud saya..., maksudnya sebagai contoh menonton tv sampai tak ingat sekeliling, atau...suami isteri duduk dekat-dekat nampak rapat tapi sebenarnya jauh....faham maksud saya ? , ...saya menasihati diri dan juga muhasabah diri ini. sama-samalah kita mengigatkan dalam kebaikan , insyaAllah.

Senyumlah selalu, tunjukkan wajah manis sebagai isteri yang mampu menjadi penawar kepada segala racun rumahtangga.










5 comments:

  1. Kedua2 suami isteri mempunyai peranan yg sama2 penting, saling lengkap melengkapi, kerana dlm sebuah rumah tangga ideal siapalah suami tanpa isteri? Jika masing2 suami isteri tahu peranan masing2, tahu kekuatan dan kelemahan masing2, rumah tangga insyaallah akan kekal bahagia...

    ReplyDelete
  2. nice article ;)

    salam blogwalking, saya udah menjadi followers anda

    ReplyDelete
  3. insha Allah PCL akn teruskn praktikkan ni smp ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  4. alahai..SA dah 8 tahun xde suami...acaner nak komen ni....x yah la komen eh...

    ReplyDelete
  5. Boleh la dipraktikan nanti...hehe...mudah2an.....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.