Bab Rumah tangga ; Saling hormat menghormati..
Dalam sesebuah rumahtangga sangat perlu isteri menghormati suami, menjaga maruah dan saling mengerti antara satu sama lain. Oleh itu, telah menjadi hak masing-masing untuk mencari jalan supaya mahligai yang dibina terus mencapai keharmonian dan mendapat Rahmat Allah SWT.
Dengan adanya sifat terpuji iaitu saling hormat menghormati antara suami dan isteri akan menjalinkan kasih mesra keduanya, kasih mesra yang sejati demi kebaikan bersama.
Kritik atau mengeji dalam perhubungan adalah umpama racun yang akan menghancurkan rumahtangga. sebaiknya perlu ada sikap menghargai setiap usaha dan juga jasa yang telah dicurahkan janganlah dipandang sepi.
Kaum lelaki harus ingat bahawa sikap seorang isteri itu memang suka dipuji, suka diberi / dibelikan sesuatu seperti barang simple macam ni ke contohnya ; klik
atau paling tidak pun sekadar puji-pujian. Bila mereka menerima pujian dari suami ketika itu mereka rela berkorban segala apa yang ada pada diri mereka demi kepentingan dan keperluan suami.
Sebaliknya kaum wanita itu lekas tersentuh hati dan merasa kecewa bila menerima kritikan atau kata-kata yang menyinggung perasaan dan menyentuh soal peribadinya. Dalam soal ini seorang wanita itu akan mulai menilai siapakah suaminya yang sebenarnya. Kasih sayang mungkin mula merosot dan beransur hilang hingga timbul kebencian.
Begitu juga isteri jangan suka melahirkan perasaan tidak puas hati jika sesuatu kemahuan tidak dapat ditunaikan oleh suami dalam jangka waktu ditetapkan...bersabarlah, jangan sampai suami rasa tersinggung. Berundinglah dengan cara lemah lembut dan berperaturan.
Dalam menagani masalah ini, seorang isteri hendaklah menjaga telatah dan budi pekertinya supaya perasaan kasih suami itu tidak bertukar menjadi benci.
Biasakanlah beterima kasih bila seorang suami itu membelikan sesuatu untuk isteri. Walaupun kadang-kadang barang yang dibelikan itu tidak digemarinya tetapi cubalah terima dengan rasa syukur dan menunjukkan kegembiraan. Dengan cara ini si suami akan merasakan isterinya sentiasa menghargai apa saja yang diberikan kepadanya.
Rumahtangga akan sentiasa rukun dan damai apabila suami dan isteri sering bekerjasama, saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Tweet
yang penting saling hormat-menghormati dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain..
ReplyDelete@Mizz Aiza ; baru lah aman bahagia rumahtanga yg dibina..itu yg semua pasangan harapkn.
Deletepuji pujian tu sbnarnya bagus lg2 kalau time merajuk... huhu...
ReplyDeletecara tegur apa2 yg salah pon kena berhemah org ckp....
apa2 pon toleransi paling pentng sbb sifat ego dan takbur buat org sush nak terima kesilapan kan..
@Shiqin; bab pujuk memujuk ni suami kena belajar dan jgn ada sifat ego dlm diri.. Tak romantik takapa tp sifat pengasih tu mau ada :)
DeleteMemang wajib bagi isteri untuk menghormati dan mentaati suami.
ReplyDeleteSnggh lewat mlm pcl..hrmat menghormati tu mmg amat perlu kan ^_^
ReplyDeleteAssalam, Bunda singgah...
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu...
saling mempercayai tu penting... untuk keharmonian rumahtangga. Thanks sharing
ReplyDeleteSedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Yg penting bila dah tergigit cuba ubati kelukaannya...
ReplyDeleteBagus entri ni PCL..setiap pasangan itu kena terimalah kekurangan dn kelebian masing2 seadanya..saling memberi dn menerima....saling menghormati agar rmhtangga sentiasa harmoni....
ReplyDeleteyang terpentin adalah saling hormat dan saling menghormati
ReplyDelete