Bab Rumah tangga ; Suami yang baik sentiasa menunjukkan rasa kasih terhadap isterinya

Sunday, December 08, 2013 PCL 3 Comments


..Salam hari minggu, anda tak pergi kemana-mana atau hanya berehat-rehat di rumah saja..?

Untuk para suami dan bakal suami khususnya ;

Saumi sebagai ketua keluarga adalah orang yang berhak mengendalikan rumahtangga dengan adil dan saksama, berhak menunjukkan jalan ahli-ahli rumahnya ke matlamat yang baik dan mendapat rahmat Allah swt.

Nak menjadi suami yang baik, kita  harus menunjukkan contoh kepada keluarga terlebih dahulu...dalam mencari rezeki, dalam pergaulan seharian dengan keluarga juga  masyarakat  dan dalam perhubungan dengan Allah swt.

Sentiasa menunjukkan sifat mulia dan terpuji..bermanis muka dengan banyak tawa dan senyum kepada isteri.
Ikhlaskan diri kerana setiap mereka di bawah kita adalah tanggungjawab kita.

Berlemah lembut dalam suasan yang harmoni setiap masa dan ada kalanya tegas dalam beberapa perkara...
Bergurau senda menceria suasana dan bermanja-manja sekali sekala..

Kewibawaan suami yang baik berbudi pekerti, penuh dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang adalah menjadi lambang kebangaan seorang isteri. Dari sikap yang dipunyai oleh seorang suami inilah maka akan mendorong seorang isteri untuk menghormati suaminya.

Semoga dengan cara yang lemah lembut  terhadap keluarga akan menimbulkan rasa kasih yang berpanjangan , mencari bahagia dan mencipta bahagia perlukan kerjasama antara suami dan isteri.

sebelum terlupa..., pesanan saya kepada suami yang sayang isteri sehingga memanjakannya terlebih sudah tu..Awas ! bukan apa...bimbang si isteri akan menjadi wanita yang 'hidung tinggi' dan sering menindas suaminya secara tak sedar... ; segala keperluan suaminya diremehkan saja, segala nasihat suaminya tidak ditaat kerana 'lemak naik kepala' ..nampak macam orang suruhan pulak. nauzubillah..isteri kita tidak begitu hendaknya.

Setiap insan ini tidak pernah mempunyai sifat sempurna (ini selalu diperkatakan ..yes) walau bagaimanapun kita cuba menjadi orang yang sempurna. Maka kita tidak boleh lari dari kekurangan, kesilapan dan keterlanjuran.

Suami yang baik akan memahaminya... dengan tunjuk ajar dari suami yang baik maka isterinya akan menjadi seorang wanita yang baik juga dan solehah. insya allah.

p/s ..hari ni sahabat blogger kita , Shakira melangsungkan perkawinan , semoga berbahagia hingga ke syurga, selamat menempuh alam baru..alam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru.






3 comments:

  1. Salam PCL....

    Slmt berhari minggu..sepanjang cuti sekola ni,ada je majlis,tk kira ujung minggu je...harini ada majlis berendoi yg sy pergi..suka betul sy tgk,ada berzanji dn marhaban,katil baby dihias cantik,mcm pelamin org nk kawin je...

    Taniah kpd blogger tersebut dn slmt pengantin baru...

    ReplyDelete
  2. Pesanan dr seorg lelaki.. I like... :-)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.