Bab Rumah tangga ; Tindakan suami jika isteri tidak taat..

Monday, December 09, 2013 Nazlee Ismail 5 Comments


Salam petang, lepas kerja baru best sembang santai pasal kekeluargaan..

alhamdulillah, nampaknya makin dapat sambutan bila entri 'bab rumahtangga' ni dipublishkan di sini. Saya sejujurnya suka berkongsi dan bukan untuk mengajar , ..ni semua melalui pengalaman sendiri maupon melalui pembacaan... dan sebaiknya jika mahu mendapatkan contoh terbaik adalah dari junjungan besar kita Rasulullah SAW.

Tindakan Suami jika isteri tidak taat ;

Wanita yang baik akan menjauhkan diri daripada fitnah ketika ia ditinggalkan oleh suaminya. jika seorang isteri itu pandai menjaga dirinya maka Allah akan melindungi dia dari segala macam fitnah.,

*selingan sikit ye..mamaD kat rumah tu memang jarang sekali ditinggalkan..., kerja saya sebagai penjawat awam selalunya memang tak lari dari kena hadir kursus..., untung bajet kerajaan dikurangkan..jadi tak ada lah kursus yang jauh , yang perlu bermalam di hotel dan sebagainya... "sayang isteri jangan la ditinggalkan.." ~ kata mamaD.

Jika suami merasai isterinya tak taat lagi.., maksudnya segala ajaran dan tunjuk ajar yang baik tidak mahu dituruti., nasihat dan nasihat lagi jangan pernah jemu untuk memberikan nasihat yang baik-baik. Tetapi jika nasihat demi nasihat pon 'tak jalan' jugak, (1); seseorang suami boleh menjauhi isterinya dari tempat tidur (meniduri isterinya) , dah tentu isteri akan kesepian en..en...

Kalau dengan cara tu pon 'tak lut' ..tak ada perubahan malah lebih suka., (2); Maka Islam membolehkan suami memukul si isteri itu. Cara pukul pon kena fahami jugak...pukul seringan-ringannya jangan sampai menyakiti dan meninggalkan kesan lebam. (gempak jer..) , jangan ikut nafsu memuaskan kemarahan tetapi adalah untuk memperbaiki isteri yang dah buat silap tu..

Seorang suami telah menjalankan tugas dan tanggunjawabnya dengan cara yang dituntut oleh agama sepertimana dikehendaki Allah SWT . Dan jika terus gagal menasihatai/menegur isteri maka hendaklah ia berdoa memohon supaya diberikan hidayah semoga  menjadi seorang yang berjiwa mukminah. mudah-mudahan dia menginsafi kesalahannya dan meminta maaf..

masa ni lah kena banya bersabar..., jangan bertindak di luar batasan sehingga berpisah sebelum waktunya.

wallhu'alam.










5 comments:

  1. Nice sharing... Alhamdulillah... Suami sy pnh gak tggl kn sbb kerja.. Mklumlah tntra kn.. Mmg kna biasa kn.. Cuma tak selalu...

    ReplyDelete
  2. @Maria Firdz ..t.kasih, alah bisa tegal biasa ... yang tak pernah kena tinggal tu yg nampak merana sikit, ...apa pon kebebasan kena jaga demi kerukunan rumahtanggan sentiasa terbina semasa ketiadan suami.

    ReplyDelete
  3. sama ada suami atau isteri , perlu ada pengetahuan agama ... insha Allah akan jadi lebih mudah .

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg menarik.. Thanks for sharing PCL! ^^,
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Memang menarik perkongsian yg begini PCL...ianya bkn utk mereka yg dh berkahwin sj,sesuai juga dibaca oleh golongan muda yg bakal mendirikan rmhtangga...moga boleh diteruskan perkongsian yg begini...

    Selitan tu yg best...pandai mamaD.....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.