Kawan ; Adakah Anda Mengalami Sakit Jiwa ?

Thursday, December 19, 2013 Nazlee Ismail 6 Comments


Orang yang mengalami sakit jiwa jarang sekali penyakitnya itu timbul secara mendadak tetapi kita yang normal boleh nampk simptom yang memberi petanda ; lihat lah sekeliling rakan kita bagaimana ?

  1. Terlalu pemarah, terburu-buru menghadapi suasana dan kejadian. Dia meletus marah dan gembira dengan sebab-sebab kecil dan remeh.
  2. Kerap hilang semangat dan hilang minat hidup, lemah dan cepat mahu berundur bila saja bersua dengan sedikit kesukaran dan rintangan dalam kehidupan.
  3. Dikongkong oleh perasaan was-was yang berat. Contoh bila dia membersihkan tangan, dia akan membersihkan berulangkali biarpun tangannya itu sudah lebih dari bersih.
  4. Terlampau takut dengan benda-benda atau suasana yang tertentu seperti terlampau takut kepada gelap, kepada tempat-tempat yang tinggi, kepada tempat-tempat yang bersesak, kepada serangga atau binatang umpamanya  lipas , kucing , anjing dan sebagainya.
  5. Perjalanan dalam badan terganggu dan tidak teratur seperti jantung selalu berdebar dan kepala selalu sakit .

Perasaan keluh kesah atau gelisah yang dimaksudkan sebagai tanda penyakit jiwa bila berlaku kebebanan yang terlalu hebat dan melewati batas yang wajar. Oleh itu , bila anda mengalami perasaan-perasaan ini maka kewajipan kepada diri sendiri ialah jangan biarkan perasaan itu bermaharajalela atau jangan bersikap berpura-pura untuk tidak peduli pada perasaan itu. Anda mungkin tidak dapat mengabaikan kerana perasaan resah gelisah itu dalam setiap diri manusia tidak dapat disembunyikan.

okay balik kepada situasi semasa..

Saya semalam , kembali dari bercuti dan terus masuk kerja ...rasa macam stress bila pagi lagi dah masuk mesyuarat...mesyuarat pula membincangkan pasal skop kerja baru tahun depan.., ingatkan nak kurangkan skop kerja tapi lebih  pulak yang dapat. hurmm..redha dalam pasrah.

Keadaan ini mengakibatkan ada sebahagian dari kami melenting , jadi pemarah ...dan status fb pcl  semalam seperti berikt ;

"melihat sikap kawan2 ; Ada yang bersifat keras, seolah mendidik kita untuk menjadi berani dan bersikap tegas dan ada yang lembut, seolah mengajarkan kepada kita cinta dan kasih sayang sesama insan.". ~ pcl

Sebenarnya ada beberapa watak dalam kehidupan kawan kita seharian.., Siapakah kawan kita....?
dan..dalam bab kerja pula adakah kita persoal bab berkira-kira dalam melakukan kerja ?

# Ada kawan yang jahat dan hanya memanfaatkan kebaikan orang lain, sebenarnya ia membuatkan kita berfikir bagaimana berbuat banyak kebaikan namun dalam keadaan berwaspada.

~ Itulah kepelbagaian karakter manusia. Allah memperkenalkan mereka kepada kita agar kita lebih bijak menyingkap kehidupan dan mengambil hikmah darinya..







6 comments:

  1. kawan makan kawan mmg ramai... kawan tak sama dgn sahabat... sabar je lah...

    ReplyDelete
  2. stress ada la..sakit jiwa x kot..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum PCL. .
    rasanya gaya hifup masa kini buat manusia mudah sakit jiwa kalau tiada iman yg teguh

    ReplyDelete
  4. kerja sekarang penuh denga tekanan dan banyak perkara yang menyakitkan hati.. semoga PCL tenang selalu..

    ReplyDelete
  5. kena pandai pilih kawan yang terbaik....sahabat yang setia sangat susah dicari...kawan yang makan kawan bila2 je boleh jumpa :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.