Kini tiba di kampung PCL pula..

Tuesday, December 17, 2013 Nazlee Ismail 17 Comments

Assalamualaikum..

Dari Sp Kedah ke Parit Buntar Perak..kalau ikutkan perjalanan berkereta masa diambil dalam sejam lebih.. tak jauh sangatlah kan, syukur..untung rumah mak saya dan rumah mak mertua sehaluan perjalanannya..
Samada dari KL nak singgah dulu kampung saya atau terus dulu ke Sp dan sebaliknya. ..ikut mana yang memerlukan, saya lebih memahami hati orang perempuan.. biasanya menang kat mamaD. Mestilahkan pilih terus rumah mak dia..dengan alasan anak-anak nak jumpa sepupu yang ramainya sebaya umur..kalau kat rumak mak saya takada geng nak main..

Ok, giliran Sp sudah..kini tiba masanya kami di rumah Atuk & Opah kepada anak-anak saya. ..kami sampai malam tadi.

Pagi lagi dah ke belakang rumah..sawah padi terbentang luas, kali ni tiba musim padi dah berbuah nak tunggu masak untuk dituai..ada sesapa yang tak pernah tengok pokok padi.. Pokok beras?? Jangan jadi konpius macam anak-anak saya memula dulu.. ahaha.

Kalau sempat boleh saya pancing ikan puyu.. tengah musim ni..
Lokasi : Kampung Parit Teluk Pial,  Jalan Baharu Parit Buntar.  Perak.







17 comments:

  1. seronok kan tengok padi tengah menguning...

    ReplyDelete
  2. Tanah subur. Best tu dapat tenangkan fikiran. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. seronok tgk sawah...bestnyer..

    ReplyDelete
  4. org utara gak rupanya.... sp-parit buntaq x jauh sgt pun.. musim padi ka la ni.. bestnya..

    ReplyDelete
  5. dulu arwah atuk ada sawah padi...rindunya SA nak merasa pengalaman di sawah padi lagi...SA memang duduk ngan Atuk dulu tau....bab memancing puyu tuh sure best kan...

    ReplyDelete
  6. dah lama tak balik kampung.. musim padi ke sekarang ni PCL?

    ReplyDelete
  7. pekasan ikan puyu sedap.. hehe.. bergitu tolerate PCL, semoga keluarga PCL sentiasa bahagia dan diredhai.. amiinn.. :)

    ReplyDelete
  8. bestnya kampung PCL..ada cempedak la..

    ReplyDelete
  9. Belakang rumah saya juga ada bendang. Sekarang musim membajak sawah....

    ReplyDelete
  10. seronoknya tengok sawah..saya ni jarang tengok sawah..hehhe

    ReplyDelete
  11. Kat kampung saya tengah membajak... Selamat bergembira pulang ke desa :)

    ReplyDelete
  12. Sya xde kmpung pcl..sgt sedih..tumpng2 kg org je la skrg..wuuuu..sonok tgk padi menguning..cntik2... :)

    ReplyDelete
  13. bestnya berada di desa. . .

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat balik kampung...ika ni kampung pun tengah town...takde yang menarik...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.