Mama'D Sakit mata ?

Saturday, December 21, 2013 Nazlee Ismail 9 Comments

Tadi pagi masa sarapan dengan mamaD... baru perasan mata dia dah cemei sebelah, nampak sikit kemerahan, terus sarapan dengan titik ubat mata..nasib baik la hari ni dan esok cuti.. Harap-harap boleh baik cepat takut nanti berjangkit pulak dengan anak-anak.

Ada yang dah berangan nak ambil cuti panjang tu huhuu...eh macam suka pulak dapat sakit tu kan !.
Minggu depan  ada cuti Krismas dan New year..kalau dapat sambung cuti kan bagus..ada alasan nak habiskan cuti gantian yang tak boleh dibawa ke tahun depan.

Tapi...kalau dah sakit mata kena  duduk rumah je la jawabnya....haa kena fikir banyak kali nih, nak cuti sakit ke nak cuti tanpa sakit..?? 

Kalau dulu zaman remaja , budak sekolah asrama memang banyak akal, ...nak cuti panjang  punya pasal sanggup titik mata dengan air sabun... Kadang tu gun air tembakau rokok titik dalam mata dan gosok sampai nampak merah  terus jumpa warden..sure dapat cuti punya lah !.....dapatla balik kampung..ahha haa punya degil masa tu tapi. ..sumpah bukan aku yang buat 'jahat' ,  tu semua kawan-kawan  yang tak jadi orang masa tu..hahaa. Syukur Alhamdulillah bila dah terjumpa balik masa berumur ni semuanya dah okay. Semuanya dah jadi orang belaka..Kerja pon dah bagus-bagus :)) ..huh.ada saja kisah silam pcl nih, banyak betul pengalaman zaman nakal dulu-dulu....ok tinggalkan bab tu..ada yang lebih kritikal nak kena hadap..

Kesian aku tengok mamaD..sebelum ni (minggu lepas) baby Mia dah kena sakit mata dan Aqeela pon sama., mamaD masa tu masih bertahan lagi..tak ada tanda-tanda nak kena jangkitan sebab awal-awal lagi aku dah belikan ubat kat farmasi. Semua kami di rumah guna ubat tu sekali...prevention is better than cure..cari jalan selamat.

Masa tu depa (baby Mia & Aqeela) tak datang rumah sampai dah baik dari sakit mata...tapi kesan lepas kena sakit mata tu masih ada lagi sikit-sikit agaknya....power betul penyakit tu! bertindak awal dengan titik ubat mata dari farmasi...ingatkan boleh cegah..emm dah nak kena ..kena jugak akhirnya.

Tengok mamaD dah cukup risau... risau memikir macam mana lah tu nanti.

# anak sakit ibu/bapa boleh ambil cuti dengan majikan.., kalau pengasuh sakit, sakit mata pulak tu.. ...semua yang terlibat kena / terpaksa ambil cuti lagi...huhu kesiannya..

# bagi mamaD , dia kata ..dia tak ada masalah 'kerja' walau dalam keadaan sakit..tapi kesian pulak pada budak-budak tu. (merebak sakit mata...lain pulak jadinya..lagi bertambah rumit keadaan).

Lainlah kalau ada ibu/bapa yang sanggup tengok anak dia terjangkit sama... Ada ke 'orang' macam tu ?

Kalau korang pulak macam mana...nak hantar rumah pengasuh jugak ke?

saja nak tanya...pcl n mamaD tak lah nak menuding jari kat sapa-sapa..benda berlaku bukan dalam perancangan kita...cuma kita berdoa dan mengharap sakit mata mamaD tidak lama... mudah-mudahan esok baiklah dia. aamin ya Allah.




#mata pcl masih sihat lagi..





9 comments:

  1. Assalamualaikum PCL..
    Sakit mata ni memang mudah berjangkit,ada org cpt sembuhnya...ada juga yg sebaliknya..cpt2 pergi ke klinik n bykkan rehat....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. dulu pernah sakit mata time sekolah ..seksanya pedih mata

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh ye Mama D, kalau kerja opis sonok benar dah ni, leh cuti 2 minggu, tapi azab jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. @memmtlenggeng ; hapannya mohon disembuhkan secepat mungkin..kesian kpd ibu2 yg terpaksa ambik cuti lama..t.kasih mendoakan.

      Delete
  4. Semoga Mama D segera sihat dan orang lain dalam rumah tak kena.

    Orang kata sakit mata ni kalau tak habis serumah dia tak berhenti.

    ReplyDelete
  5. Semoga Mama D segera sihat dan orang lain dalam rumah tak kena.

    Orang kata sakit mata ni kalau tak habis serumah dia tak berhenti.

    ReplyDelete
  6. Salam PCL..
    Selamat berhujung minggu bersama keluarga..bagaimana dgn perkembangan mata mamaD...?hrp baik2 sj..

    p/s sy setuju,org perempuan memang senang menjalinkan perhubungan yg rpt dn sukar dipisahkan seingga berlaku perkara2 yg benar2 mengguris hati.....terimaksih atas pandangn PCL tu ye...salam buat mamaD

    ReplyDelete
  7. Ida belum pernah kena sakit mata lagi... org kata sakit mata ni macam demam campak...mesti akan kena sekali dalam hidup ;)

    ReplyDelete
  8. Kalau saya...mungkin saya tak hantar anak di rumah pengasuh masa pengasuh sakit..
    Tapi susah siket lah...sbb kena cari alternatif

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.